Tuesday, October 14, 2008

MultiCash Lion Endowment Series 3 (penutupan)

salam...
Selamat Hari Raya untuk semua. Hari ini dah masuk hari raya yg ke-14. Dan lebih kurang setengah bulan jugaklah saya tak update blog ni. Bukan apa, hari tu sibuk balik kampung. Memang takde masa nak online pun. Sekarang pulak sibuk dengan rumah terbuka. Kalau online pun cuma masuk forum yang berkaitan sahaja.
Kalau buka blog pun, cuma tengok2 sahaja. Memang banyak yang nak kena update, tapi tak tau nak mula dari mana. Mungkin kepala ni masih lagi mood raya kot. Hehe

Berbalik kepada tajuk topik ni. MultiCash Lion Endowment Series 3. Dah lama pun dilancarkan oleh Great Eastern Life Assurance ni. Sambutan pun memang menggalakkan sangat. Dan yang paling sedih, pelan ni cuma akan dibuka sehingga hujung bulan ni sahaja. Yakni sampai 31 Oktober 2008 ni sahaja. Mungkin disebabkan kuota untuk pelan ni dah cukup dan mungkin Great Eastern Life Assurance akan melancarkan produk baru. Kita tunggu dan lihat nanti.

Kat sini saya cuba ceritakan sedikit tentang pelan ini pada kawan-kawan semua. Sebab kalau ada yang berminat, masih ada masa lagi sebelum hujung bulan ni.

MultiCash
Anda mahukan masa depan yang terbaik untuk anda dan orang yang tersayang. Ini bermakna merancang untuk mencapai segala impian anda dan juga merancang untuk menghadapi segala yang TIDAK DIDUGA. MultiCash membenarkan anda melakukan kedua-duanya dengan satu strategi kewangan komprehensif yang membina harta anda sementara melindungi anda dari ketidaktentuan hidup.

Pelan Endowmen Dengan Bonus Tunai
MultiCash merupakan pelan endowmen yang mempunyai BONUS tunai tahunan. Pelan ini memberikan anda fleksibiliti kewangan untuk menguruskan bagaimana BONUS ini digunakan. Anda boleh mengeluarkan tunai lebihan untuk digunakan sebagaimana yang anda inginkan, simpan ia sebagai sebahagian dari polisi anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar pada masa hadapan, atau gunakan untuk membayar premium akan datang.

Serta Pulangan Tunai Setiap 3 Tahun
Selain itu, multiCash juga melyakkan anda mendapat manfaat hidup. Skim khas ini memberikan anda pulangan tunai tanpa pengurangan dalam PERLINDUNGAN hayat anda, justeru itu memastikan anda memperoleh pendapatan tunai setiap 3 tahun. Jumlah keseluruhan yang dibayar sepanjang tempoh polisi ini ialah sehingga 210%*.

Peningkatan Nilai Perlindungan Sehingga 90%
Dari tahun polisi ke-3 dan seterusnya, MultiCash disertakan dengan manfaat ansurans bertempoh ditangguhkan. Dengan ansurans ini, anda dijamin nilai polisi meningkat tanpa perlu membayar apa-apa premium tambahan.
Bergantung kepada tempoh pelan yang dipilih, anda dapat memperoleh peningkatan sehingga 90% disamping jumlah insurans asas anda. Ini bermakna meningkatkan perlindungan anda bagi menghadapi sebarang kecemasan dengan ketenteraman fikiran.

Tempoh Dan Jumlah Ansurans Asas Yang Fleksibel
Bergantung pada umur, peruntukan dan keperluan anda, anda boleh memilih TEMPOH polisi selama 12, 15, 18, 21, 24, 27 atau 30 tahun, dan jumlah asurans asas dengan perlindungan minimum RM5,000 atau sebarang jumlah yang layak.

Jenis-Jenis Perlindungan
-Manfaat Kematian
-Manfaat Hilang Upaya dan Kekal (TPD)
-Manfaat Matang
-Bonus Terminal
-Manfaat Cukai

Pelan ini boleh dikatakan antara yang terbaik dikeluarkan oleh Great Eastern Life Assurance kerana ianya fleksibel dan boleh diumpakan sebagai salah satu tempat yang paling sesuai untuk anda menyimpan bagi kegunaan hari-hari tua nanti. Dan juga boleh dijadikan salah satu tabung untuk kos pembelajaran anak anda pada masa hadapan yakni boleh digunakan untuk tujuan pembayaran bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lagi tinggi tanpa memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak. Kerana pelan ini lebih kepada pelaburan tetapi disertakan dengan PERLINDUNGAN yang mungkin akan berlaku pada kita nanti.

Jadi, semua ni terserah pada anda semua. Masa untuk pelan ini tamat pun dah tak lama. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi. Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh menghubungi saya dengan apa jua cara sekali pun. Insyaallah kita akan berjumpa nanti dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci lagi. Segala PENERANGAN ini adalah PERCUMA. Sekian.