Thursday, September 25, 2008

Raya Punya Pasal!

Salam,

Dah 2-3 hari tak update blog ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab dok buat benda lain. hehe. Hari ni dah masuk hari ke-25 kita berpuasa. Jadi sedar tak sedar lagi 5 hari kita akan menyambut Idul Fitri. Tak sabar nak balik beraya kat kampung yang nun jauh di sana. Apa nak buat kan. Dah nasib seorang Perantau macam saya ni. Minta2 jalan tak 'jem' macam dulu2 jugak. Kalau tidak, masaklah nanti. Yang patut sampai dalam 6-7 jam, boleh jadi sampai 10-12 jam. Itu kira ok lagi. Takut2 nanti sampai 20 jam!!Semua ni RAYA PUNYA PASAL!

Sekarang ni temujanji pun dah kurang dengan Prospek. Sebab masing2 tengah sibuk dengan persiapan nak raya. Semua dah banyak habis duit. Untuk keluarga tercita mahu pun untuk diri sendiri. Dan pekara macam ni memang dah menjadi kebiasaan bila tiba time raya. Jadi, kerja saya pun kuranglah sikit sekarang. Cuma senaraikan apa yang patut jelah. Senaraikan nama2 yang ada dalam kepala ni. Sebab nak kena tunggu lepas raya nanti baru boleh set temujanji lain. Itu pun kalau dia orang free. Sebabnya RAYA PUNYA PASAL!

Tapi Allah swt tu maha kaya. Sesungguhnya REZEKI daripda 'DIA' tetap ada kalau kita rajin berusaha. Dan sekarang ni semua orang akan sibuk untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan masing2. Sebab takut tak sempat nak 'renew', nanti tak boleh nak pergi beraya kat rumah kawan2 pulak. Mana tau saat2 akhir sistem down ke apa. Jadi disebabkan pekara tu, ada lah kawan2 dan jugak kawan kepada kawan yang hubungi saya. Sebab saya memang boleh buat semua tu. Memang yang diiktiraf nyer. hehe. Dan sekarang pun dah banyak kemudahan yang ada. Jadi takdelah sesusah dulu nak buat semua tu. Tapi mesti ada perancangan lah. Kalau tak, memang kita akan penat jek. Pastu dapatlah sikit daripada kerja tu. Boleh lah untuk buat beli juadah berbuka tu. hehe. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa kita yang dapat. Mudah-mudahan lepas ni lagi bertambah rezeki tu. Insyaallah. Ini pun kategori RAYA PUNYA PASAL jugak!hehe

Saturday, September 20, 2008

Kad Perubatan (Medical Card)




Kad Perubatan dari Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

Apakah itu Kad Perubatan?Kenapakah ia sangat penting pada masa sekarang?.
Jawapannya sangat mudah. Semua itu adalah kerana kos perubatan pada masa sekarang adalah sangat tinggi. Perlukah kita menggadaikan harta kita untuk rawatan Bil Hospital mungkin yang mungkin boleh mencecah RM20,000 - RM50,000??Rasa2 tidak perlu kalau kita mempunyai Kad Perubatan ni. Sebab semua Bil Hospital itu akan dijelaskan oleh Syarikat Insurans. Di Great Eastern ada 2 jenis pelan yang menawarkan Kad Perubatan ini. Kedua2 nya adalah bagus dan mempunyai kelebihan masing2. Jenis2 pelan itu adalah :

- Investment-Linked Health Protector
- Great MediCare

Investment-Linked Health Protector
Atau juga Perlindungan Perubatan Berkait Pelaburan menawarkan perlindungan komprehensif untuk melindungi anda daripada kemudaratan dan penyusutan kewangan anda akibat sebarang penyakit atau kemalangan.
Kesihatan amat berharga. Setiap orang mengimpikan hidup yang sihat dan bahagia. Walau bagaimanapun, kita juga harus bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak diduga agar kita boleh mengatasi sebarang kemungkinan yang timbul dengan lebih baik.
Investment-Linked Health Protector adalah rider perubatan semua dalam satu (disertakan dengan pelan berkait pelaburan) yang anda dan keluarga anda perlukan untuk mendapat perlindungan sepanjang masa di dalam dan luar negara. Keunikan pelan ini :

Had tahunan dan Had seumur hidup yang tinggi
Pelan Investment-Linked Health Protector membayar balik tuntutan perubatan (tertakluk kepada peruntukan polisi) dalam satu bayaran sekali gus sehingga had maksimun tahunan RM150,000 dan had seumur hidup RM450,000 bergantung pada pelan yang dipilih.

Manfaat tunai harian hospital kerajaan
Jika anda ditahan di mana-mana hospital kerajaan, manfaat tunai harian RM50.00 sehari sehinnga 120 hari setiap tahun polisi akan dibayar.

Pembaharuan tahunan sehingga umur 69 tahun hari jadi berikutnya
Sesiapa yang berumur antara umur tercapai 6 bulan dan 60 tahun pada hari jadi berikutnya boleh memohon pelan ini. Pelan ini boleh dibaharui secara tahunan untuk setiap individu mengikut caj insurans yang diguna pakai pada masa pembaharuan sehingga anda mencapai umur 69 tahun pada hari jadi berikutnya, dengan syarat syarikat masih menawarkan pelan ini kepada umum.

Manfaat kematian akibat kemalangan
Jika berlaku kematian diakibatkan secara langsung oleh kemalngan, tambahan manfaat kematian akibat kemalangan sehingga RM20,000 akan dibayar, bergantung pada pelan yang dipilih.

Dan banyak lagi kemudahan2 lain yang akan diberikan oleh Syarikat. Pelan ini juga mempunyai nilai tunai yang akan diberikan kepada pemegang polisi pada tempoh2 tertentu mengikut permintaan pemegang polisi. Jumlah yang pemegang polisi akan dapat pula adalah bergantung pada jumlah premium yang dibayar dan juga tempoh pembayaran premium itu. Untuk maklumat yang lagi jelas, boleh hubungi saya dengan apa cara sekali pun dan kita akan cuba aturkan temujanji untuk saya jelaskan dengan lebih terperinci lagi.

Great MediCare (GMC)

Kad Perubatan (GMC)
Perlindungan dari RM200,000 dan sehingga RM600,000 (bergantung pd jenis pelan)

Keistimewaan :

- Melindungi kos rawatan / perubatan
- Rawatan kanser pesakit luar dan dialisis buah pinggang
- Pengecualian cukai pendapatan melebihi RM3,000
- Diskaun 5% untuk ahli keluarga
- Rawatan kecemasan pesakit luar
- Elaun tunai sehari RM50.00 di Hospital Kerajaan
- Perlindungan 24jam di seluruh dunia
- Perlindungan sehingga umur 70 tahun

Pelan ini memberi perlindungan sehingga 90% untuk Bil Hospital. Anda perlu menjelaskan lagi baki 10% itu atau nilai maksima adalah RM500,00.

Contoh 1 :-

Bil Hospital = RM2000.00
Anda cuma bayar = RM200.00
Baki (Syarikat bayar) = RM1800.00

Contoh 2 :-

Bil Hospital = RM30,000.00
Anda cuma bayar = RM500.00
Baki (Syarikat bayar) = RM29,500.00

Dengan hanya RM1.00 sehari (bergantung pada umur dan jenis pelan)
Anda mampu mengubahnya. Pekara yang tidak diingini boleh berlaku tanpa kita sedari. Jika anda rasa anda menghargai diri anda dan menyayangi kelurga anda, bertindaklah sebelum terlambat. Berfikirlah secara bijak. Tepuk dada tanya hati sendiri samada ini penting atau tidak. Saya hanya memberi PERKHIDMATAN, yang menentukan adalah Allah swt.
Sekian.

Menara Great Eastern Life Assurance (M) Bhd

Menara Great Eastern Life Assurance (M) terletak di Jalan Ampang. Lokasi yang strategik untuk memudahkan segala urusan berkaitan dengan insurans dan juga mempunyai tempat membeli belah bagi yang tidak mahu bersesak di tengah2 Bandaraya Kuala Lumpur.

Sang Singa Di Belakang Pelaburan Anda

Sejak 1908, Great Eastern Life Assurance telah memberikan perlindungan insurans kepada berjuta rakyat Malaysia. Syarikat telah mencapai pendapatan premium kasar RM4.1 bilion dan lebih RM26 bilion aset (berdasarkan nilai buku pada 31 Disember 2005) Dan pada hari ini aset telah pun mencecah hampir RM40 bilion dan pada Disember tahun lepas, Syarikat telah memberikan bonus dan dividen pada pemegang polisi hampir2 RM900 juta. Sang Singa, dulu dan sekarang, adalah simbol Syarikat yang teguh kewangannya dengan teraju yang terus berkembang berlipat ganda. Lihat kepada Sang Singa untuk perancangan yang hebat-kerana di Great Eastern, kami percaya hidup ini hebat.

Monday, September 15, 2008

Apakah jenis insurans yang ada?

Yang berikut adalah senarai jenis Insurans Hayat yang umum :

1. Tempoh Tertentu
2. Seumur Hidup
3. Bertempoh Tetap (Endowment)
4. Pendidikan Anak
5. Berkaitan Pelaburan

Kenapa Insurans Hayat sangat PENTING pada masa sekarang?

Anda semua sendiri mesti dapat meneka kenapa Insurans Hayat sangat penting pada masa sekarang. Ianya PENTING adalah sebab KOS PERUBATAN yang semakin tinggi pada masa sekarang. Kecanggihan teknologi juga memainkan peranan penting dalam kenaikkan kos perubatan ini.

Di bawah ada beberapa contoh kos perubatan yang perlu dibayar oleh pesakit mengikut jenis2 penyakit tertentu. Dan kemungkinan setiap hospital swasta adalah berbeza kos rawatan ini :

Pintasan koronori Jantung --> RM20,000 hingga RM30,000 (setiap pembedahan)

Kanser --> RM4,000 hingga RM140,000 (setiap rawatan)

Kemoterapi --> RM200 hingga RM1,000 (setiap terapi)

Radioterapi --> RM200 hingga RM1,ooo (setiap rawatan)

Pembedahab Jantung terbuka --> RM20,000 hingga RM50,000 (setiap pembedahan)

Kegagalan Ginjal --> RM2,000 (setiap bulan untuk dialisis)

Jadi, kat sini kita boleh nampak kenapa Insurans Hayat tuh sangat penting. Melainkan kita memang ada wang tunai yang berlebih2 dan tidak akan habis untuk 7 keturunan. Renung-renung kan.

Episod Seterusnya

Salam...
lama dah tak update blog ni. Hari ni dah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Lagi 15 hari umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semua masing2 sibuk dengan barang2 utk persiapan Hari Raya. Mana nak beli baju raya lagi. Bagi yang dah ada berkeluarga, mungkin utk anak2 diutamakan terlebih dahulu. Nasib baik saya Bujang lagi. hehe

Berbalik kepada cerita asal yg tak sempat nak sambung hari tuh, saya telah menduduki peperiksaan utk melayakkan diri menjadi seorang Perunding Insurans Hayat, dan dengan bangga nya (cheewahh) saya telah pun lulus. Berkat drpd tunjuk ajar daripada Boss saya dan jugak kawan2 yang seangkatan dengan saya. Dua2 peperiksaan yg saya amik tuh xde masalah. Terima kasih untuk anda semua. Dan mungkin sebab saya memang baca buku kot. hehe

Jadi bermula dari hari tuh, apa lagi, saya terus jalankan kerja yang sememangnya perlu dilakukan oleh seorang Perunding Insurans hayat. Iaitu cari kawan2 terdekat dan dengan bangganya saya telah bgtau yang saya sekarang seorang Perunding Insurans Hayat. Tapi masa tuh secara sambilan lagi lah. Sebab masih lagi terikat dengan tempat kerja lama.

Alhamdulillah sokongan daripada kawan2 dan ahli keluraga sangat baik. Dan ada jugak yang berpandangan negatif. Tapi apa nak buat, memamg itulah nasib seorang Perunding Insurans Hayat. Tapi takpe, sebab itu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang dalam industri ini.