Wednesday, January 28, 2009

Smart Medic (Perlindungan Sehingga 1,600,000*)

Kita selalu inginkan kesihatan yang baik. Walau pun kita tidak pasti sama ada kita akan menikmati kesihatan yang baik, kita boleh mengambil langkah persediaan bagi kemalangan dan penyakit dengan memastikan kita mempunyai kemudahan untuk memperoleh jagaan perubatan yang baik.
Memperkenalkan SMART MEDIC - Rider perubatan komprehensif bagi pelan berkait pelaburan. Rider ini memberikan anda perlindungan perubatan bagi menangani kesan daripada hal kecemasan perubatan yang tidak dijangka. Dengan menawarkan perlindungan komprehensif bagi kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan banyak lagi, SMART MEDIC membantu melindungi kesihatan anda, selain memberi jaminan kewangan yang lebih baik.

  • Nikmati Had Perlindungan Yang Tinggi
Pembayaran balik tuntutan perubatan sehingga satu jumlah sekali gus, dengan had tahunan maksimun sehingga RM200,000 dan had seumur hidup sehingga RM1,600,000, bergantung pada pelan yang anda pilih.

  • Jaminan Manfaat Perubatan Komprehensif
SMART MEDIC memberikan anda perlindungan perubatan komprehensif sebagai perlindungan terhadap kesukaran kewangan sewaktu kecemasa perubatan.

Manfaat utama termasuk kemasukan Hospital yang mudah, rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan manfaat Perbelanjaan Pembedahan. Anda juga akan mendapat ketenangan minda dengan manfaat Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar dan Pembedahan Harian yang terdapat dalam pelan ini.

  • Manfaat Kematian Kemalangan Menambah Perlindungan Anda
Orang kesayangan anda akan menerima Manfaat Kematian Kemalangan yang boleh dibayar sehingga RM20,000, bergantung pada pelan yang anda pilih, jika berlaku kematian akibat kemalangan.
  • Manfaat Tunai Harian Bagi Membantu Pemulihan
Anda tidak perlu terlalu risau dengan perbelanjaan perubatan dalam kes kemasukan hospital di Hospital Kerajaan Malaysia. Pelan ini membayar manfaat Tunai Harian kepada anda sebanyak RM50.00 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun polisi.

  • Dibaharui Sehingga Umur 80 Tahun
SMART MEDIC dibuka untuk sesiapa yang berumur di antara 30 hari hingga 60 tahun pada hari jadi berikutnya. Ia boleh dibaharui tahunan sehingga umur 80 tahun pada hari jadi berikutnya, dengan syarat syarikat masih lagi menawarkan pelan ini.

  • Jaminan Lebih Baik Apabila Anda Melancong Di Seluruh Dunia
Apabila anda berada di luar negara untuk bercuti atau urusan perniagaan, anda tetap yakin bahawa anda dilindungi dengan Supreme Assist, perkhidmatan bantuan kecemasan bagi perubatan dan bantuan perjalanan di mana sahaja di seluruh dunia.










Tuesday, January 20, 2009

The Power Of 101

101...adalah satu angka yang biasa sahaja. Tapi ia begitu bermakna untuk staf-staf dan jugak para Perunding yang bernaung di bawah bumbung Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. Kerana angka 101 itu merupakan tempoh masa Great Eastern Life Assurance (M) Bhd telah bertapak di Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ke-101 kewujudan Syarikat ini.

Dari segi aset Syarikat, setakat ini memang tak menjadi masalah walaupun pada masa sekarang banyak Syarikat yang sedang berusaha untuk mempertahankan Syarikat masing-masing daripada 'tumbang'. Untuk rekod terkini, Great Eastern telah mempunyai aset terkumpul hampir-hampir RM40b di Malaysia. Satu angka yang agak boleh dibanggakan. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website Bank Negara Malaysia.

Seperti tahun-tahun sudah, tahun ini juga merupakan tahun di mana Perunding-Perunding perlu bekerja keras untuk mencapai target yang diberikan oleh Agensi atau Hq. Dan salah satu penghargaan yang akan diberikan oleh Syarikat adalah dengan menyediakan pakej Perlancongan bagi yang layak. Pada tahun ini terdapat 3 tempat yang dipilih oleh Syarikat bagi menghargai penat lelah yang telah dilakukan oleh Perunding-Perunding yang berjaya. Tempat itu adalah :

1) Korea








2) Australia







3) Switzerland






Jadi, tempat mana pilihan saya nanti, bergantung pada kerja saya untuk tahun ni. Untuk menceritakan pasal gambar-gambar di atas, saya kurang arif lagi. Insyaallah dengan usaha dan Anugerah daripadaNya, saya akan pergi ke salah satu tempat tuh. Dan itupun atas sokongan daripada anda semua hendaknya. hehe
Sekian.

Thursday, January 1, 2009

1 Januari 2009

Salam,
Selamat tahun baru pada pembaca-pembaba blog ni. 2008 telah pergi meninggalkan kita dengan kisah suka dan duka masing-masing. Dan selamat datang 2009 ke dalam hidup kita semua. Semoga tahun ni akan lebih bererti dan bermakna buat kita semua.

Hari ni adalah hari pertama 2009. Jadi, setiap orang telah menanam perlbagai azam bila bermulanya tahun baru. Apakah azam anda pada tahun ni?Bagaimanakan caranya untuk mencapai azam anda tu?Bagi saya satu jek kalau nak berjaya, kena gandakan usaha dan sentiasa berdoa pada yang maha Esa. Insyaallah akan berjaya.

Azam saya sendiri pun sangat tinggi pada tahun ni. Adakah akan berjaya??Kita sama-sama nantikan posting saya pada 31/12/2009, Insyaallah kalau umur saya panjang lagi. Dapat lagi bersama-sama anda semua nanti. Sekian