Thursday, November 19, 2009

Reader's Digest Trusted Brand Gold Award 2009

Salam,
Bukan nak menunjuk, tapi itulah hakikat. hehe. Tahun ini merupakan tahun ke-6 berturut-turut Great Eastern Life Assurance mendapat Anugerah yang berprestij ini. Ini menunjukkan bahawa Great Eastern adalah pilihan ramai pengguna di Negara kita. Dan tak ketinggalan, ada juga beberapa Syarikat lain yang berjaya mendapat Anugerah yang berprestij ini. Syabas diucapkan kepada mereka.

Kat bawah ini adalah beberapa senarai Anugerah yang telah diterima oleh Great Eastern Life Assurance (M) Bhd sepanjang beberapa tahun ini. Jadi saya sebagai seorang yang mewakili Syarikat ini memang berbangga dengan pencapaian ini dan akan lebih akan fokus pada kerjaya ini agar Anugerah demi Anugerah akan dikecapi pada hari-hari akan datang. Sekian




  • 2009 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award - Terbaru
  • 2009 The BrandLaureate Award - Best Corporate Branding Award for Best Services in Life Insurance
  • 2008 Brand Equity Award – Gold in Business Leadership Awards for Life Insurance
  • 2008 The BrandLaureate Award - Heritage Award for Best Brand in Life Insurance
  • 2008 Asia Pacific Entrepreneurship Awards - Responsible Entrepreneurship Award
  • 2008 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award
  • 2007 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award
  • 2006 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award
  • 2005 Reader’s Digest Malaysia SuperBrand Gold Award
  • 2004 Reader’s Digest Malaysia SuperBrand Gold Award
  • 2004 Best Internal Audit Practice Inaugural Award 2004 (BIAPA), 1st Runner Up
  • 2004 Corporate Awards 2004, 3rd Place, Category 2
  • 2004 CIO 100 Award
  • 2002 SuperBrand – Malaysian SuperBrand Council
  • 1998 Oldest and largest insurance Company, Malaysia Book Of Records

D.U.I.T & Raise Me Up

 Salam,

D oa

U saha


I khtiar


T awakkal


" We Do The Best, Allah Do The Rest "

http://www.youtube.com/watch?v=God4uk1Avj8&feature=fvw

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.


[There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity]

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up: To more than I can be


P/S : Selamat Menyambut Hari Lahir untuk seseorang yang  istimewa dan jauh di mata. Semoga setiap doa yang dipinta itu akan dimakbulkan OlehNya. Amin

Saturday, November 14, 2009

Insurans Kemalangan Diri

Insurans Kemalangan Diri (KD) merupakan polisi tahunan yang memberikan anda PERLINDUNGAN insurans 24 jam di seluruh dunia terhadap kecederaan, kehilangan upaya atau kematian akibat kemalangan.

Anda boleh mengambil polisi KD untuk diri sendiri atau hayat orang lain, contohnya suami/isteri anda. Polisi juga boleh dikeluarkan untuk melindungi sekumpulan individu, contohnya polisi berkumpulan untuk keluarga anda atau polisi berkumpulan yang diambil oleh majikan untuk melindungi pekerjanya.

Apakah yang dilindungi di bawah polisi KD?
Jenis perlindungan berbeza-beza mengikut syarikat insurans, tetapi lazimnya termasuk :
- Kematian akibat kemalangan
- Kehilangan upaya menyeluruh atau sebahagian kekal
- Kehilangan upaya menyeluruh atau sebahagian sementara
- Perbelanjaan perubatan
- Faedah rawatan di Hospital
- Perbelanjaan pengebumian

Walau bagaimanapun, polisi KD anda yang standard TIDAK melindungi kematian, kehilangan upaya atau kecederaan yang disebabkan :
- Peperangan
- Aktiviti pengganas
- Bunuh diri dan ketidaksiuman
- Kecederaan yang dilakukan oleh diri sendiri dengan sengaja
- AIDS
- Pembunuhan atau serangan yang disebabkan provokasi
- Melahirkan anak, mengandung atau keguguran
- Sukan berbahaya
- Pengendalian atau penunggangan kenderaan bermotor yang beroda dua, contohnya motosikal

Apakah pengecualian lain yang terkandung dalam polisi KD?
Anda mungkin tidak boleh mendapatkan perlindungan KD jika anda seorang :
- Anggota polis/tentera atau penguatkuasa undang-undang
- Penyelam
- Juruterbang atau anak kapal
- Juruuji pesawat
- Pemandu kereta lumba
- Pelaut dan nelayan
- Ahli sukan profesional

Sesetengah polisi KD juga mengenakan had umur bagi orang yang diinsuranskan.

Nota : Sebahagian daripada pengecualian di atas boleh dilindungi dengan pembayaran premium tambahan.

Apakah yang anda perlu tahu semasa membeli insurans KD?
Skala Faedah :
Ini merujuk kepada amaun pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans bagi jenis tuntutan tertentu seperti kecederaan yang mengakibatkan kehilangan anggota tubuh badan, penglihatan, pendengaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, anda akan menerima 10% daripada jumlah yang diinsuranskan bagi kehilangan jari telunjuk.

Penamaan benefisiari (waris) :
Anda perlu menamakan benefisiari untuk menerima wang yang akan dibayar di bawah polisi. Ini boleh dilakukan semasa anda membuat permohonan polisi insurans KD atau pada bila-bila masa selepas polisi itu dikeluarkan. Anda juga perlu memaklumkan pihak benefisiari yang beliau telah dinamakan sebagai benefisiari.

Berbilang polisi insurans :
Ini bererti anda memiliki lebih daripada 1 polisi KD. Sekiranya demikian, jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya, anda atau waris anda (mengikut keadaan), akan dibayar pampasan di bawah SETIAP POLISI YANG DIBELI. Walau bagaimanapun, bagi tuntutan tertentu, seperti perbelanjaan perubatan, anda hanya boleh membuat tuntutan daripada satu polisi KD. Jika amaun yang anda tuntut melebihi apa yang anda terima bagi sesuatu polisi KD, anda boleh menuntut perbezaan itu daripada polisi kedua dan seterusnya. Namun begitu, anda tidak boleh menuntut melebihi jumlah amaun perbelanjaan perubatan yang anda telah bayar.
Anda perlu menyatakan dalam proses pemohonan tentang polisi KD lain yang telah anda beli. Jika anda membeli perlindungan KD tambahan daripada syarikat insurans lain, anda perlu memaklumkan syarikat insurans berkenaan (sekiranya ada).

KEWAJIPAN MEMBUAT PENDEDAHAN FAKTA
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting dalam borang permohonan, contohnya keadaan kesihatan anda, pekerjaan sekarang dan bilangan polisi KD yang anda telah miliki. Ini membolehkan syarikat insurans anda mempertimbangkan permohonan anda dengan teliti. Jika anda tidak mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans boleh menolak tuntutan anda.
Setelah anda diinsuranskan, anda perlu memaklumkan syarikat insurans anda sekiranya anda bertukar pekerjaan kerana ini mungkin mengubah profil risiko anda.

Pembayaran Premium - Apa Yang Perlu Anda Tahu
  • Premium anda perlu diterima oleh syarikat insurans dalam tempoh 60 hari dari tarikh perlindungan bermula. Jika tidak, perlindungan anda terbatal secara automatik dan anda masih bertanggungjawab membayar premium selama 60 hari tersebut di mana polisi anda telah berkuatkuasa.
  • Anda  perlu memastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikat insurans sekiranya anda membayar melalui ejen. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika premium anda dibayar terus kepada syarikat insurans.
  • Minta resit pembayaran premium dan hubungi syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi selepas sebulan dari tarikh pembelian polisi itu.