Thursday, November 19, 2009

Reader's Digest Trusted Brand Gold Award 2009

Salam,
Bukan nak menunjuk, tapi itulah hakikat. hehe. Tahun ini merupakan tahun ke-6 berturut-turut Great Eastern Life Assurance mendapat Anugerah yang berprestij ini. Ini menunjukkan bahawa Great Eastern adalah pilihan ramai pengguna di Negara kita. Dan tak ketinggalan, ada juga beberapa Syarikat lain yang berjaya mendapat Anugerah yang berprestij ini. Syabas diucapkan kepada mereka.

Kat bawah ini adalah beberapa senarai Anugerah yang telah diterima oleh Great Eastern Life Assurance (M) Bhd sepanjang beberapa tahun ini. Jadi saya sebagai seorang yang mewakili Syarikat ini memang berbangga dengan pencapaian ini dan akan lebih akan fokus pada kerjaya ini agar Anugerah demi Anugerah akan dikecapi pada hari-hari akan datang. Sekian




  • 2009 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award - Terbaru
  • 2009 The BrandLaureate Award - Best Corporate Branding Award for Best Services in Life Insurance
  • 2008 Brand Equity Award – Gold in Business Leadership Awards for Life Insurance
  • 2008 The BrandLaureate Award - Heritage Award for Best Brand in Life Insurance
  • 2008 Asia Pacific Entrepreneurship Awards - Responsible Entrepreneurship Award
  • 2008 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award
  • 2007 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award
  • 2006 Reader’s Digest Malaysia Trusted Brand Gold Award
  • 2005 Reader’s Digest Malaysia SuperBrand Gold Award
  • 2004 Reader’s Digest Malaysia SuperBrand Gold Award
  • 2004 Best Internal Audit Practice Inaugural Award 2004 (BIAPA), 1st Runner Up
  • 2004 Corporate Awards 2004, 3rd Place, Category 2
  • 2004 CIO 100 Award
  • 2002 SuperBrand – Malaysian SuperBrand Council
  • 1998 Oldest and largest insurance Company, Malaysia Book Of Records

D.U.I.T & Raise Me Up

 Salam,

D oa

U saha


I khtiar


T awakkal


" We Do The Best, Allah Do The Rest "

http://www.youtube.com/watch?v=God4uk1Avj8&feature=fvw

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.


[There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity]

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up: To more than I can be


P/S : Selamat Menyambut Hari Lahir untuk seseorang yang  istimewa dan jauh di mata. Semoga setiap doa yang dipinta itu akan dimakbulkan OlehNya. Amin

Saturday, November 14, 2009

Insurans Kemalangan Diri

Insurans Kemalangan Diri (KD) merupakan polisi tahunan yang memberikan anda PERLINDUNGAN insurans 24 jam di seluruh dunia terhadap kecederaan, kehilangan upaya atau kematian akibat kemalangan.

Anda boleh mengambil polisi KD untuk diri sendiri atau hayat orang lain, contohnya suami/isteri anda. Polisi juga boleh dikeluarkan untuk melindungi sekumpulan individu, contohnya polisi berkumpulan untuk keluarga anda atau polisi berkumpulan yang diambil oleh majikan untuk melindungi pekerjanya.

Apakah yang dilindungi di bawah polisi KD?
Jenis perlindungan berbeza-beza mengikut syarikat insurans, tetapi lazimnya termasuk :
- Kematian akibat kemalangan
- Kehilangan upaya menyeluruh atau sebahagian kekal
- Kehilangan upaya menyeluruh atau sebahagian sementara
- Perbelanjaan perubatan
- Faedah rawatan di Hospital
- Perbelanjaan pengebumian

Walau bagaimanapun, polisi KD anda yang standard TIDAK melindungi kematian, kehilangan upaya atau kecederaan yang disebabkan :
- Peperangan
- Aktiviti pengganas
- Bunuh diri dan ketidaksiuman
- Kecederaan yang dilakukan oleh diri sendiri dengan sengaja
- AIDS
- Pembunuhan atau serangan yang disebabkan provokasi
- Melahirkan anak, mengandung atau keguguran
- Sukan berbahaya
- Pengendalian atau penunggangan kenderaan bermotor yang beroda dua, contohnya motosikal

Apakah pengecualian lain yang terkandung dalam polisi KD?
Anda mungkin tidak boleh mendapatkan perlindungan KD jika anda seorang :
- Anggota polis/tentera atau penguatkuasa undang-undang
- Penyelam
- Juruterbang atau anak kapal
- Juruuji pesawat
- Pemandu kereta lumba
- Pelaut dan nelayan
- Ahli sukan profesional

Sesetengah polisi KD juga mengenakan had umur bagi orang yang diinsuranskan.

Nota : Sebahagian daripada pengecualian di atas boleh dilindungi dengan pembayaran premium tambahan.

Apakah yang anda perlu tahu semasa membeli insurans KD?
Skala Faedah :
Ini merujuk kepada amaun pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans bagi jenis tuntutan tertentu seperti kecederaan yang mengakibatkan kehilangan anggota tubuh badan, penglihatan, pendengaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, anda akan menerima 10% daripada jumlah yang diinsuranskan bagi kehilangan jari telunjuk.

Penamaan benefisiari (waris) :
Anda perlu menamakan benefisiari untuk menerima wang yang akan dibayar di bawah polisi. Ini boleh dilakukan semasa anda membuat permohonan polisi insurans KD atau pada bila-bila masa selepas polisi itu dikeluarkan. Anda juga perlu memaklumkan pihak benefisiari yang beliau telah dinamakan sebagai benefisiari.

Berbilang polisi insurans :
Ini bererti anda memiliki lebih daripada 1 polisi KD. Sekiranya demikian, jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya, anda atau waris anda (mengikut keadaan), akan dibayar pampasan di bawah SETIAP POLISI YANG DIBELI. Walau bagaimanapun, bagi tuntutan tertentu, seperti perbelanjaan perubatan, anda hanya boleh membuat tuntutan daripada satu polisi KD. Jika amaun yang anda tuntut melebihi apa yang anda terima bagi sesuatu polisi KD, anda boleh menuntut perbezaan itu daripada polisi kedua dan seterusnya. Namun begitu, anda tidak boleh menuntut melebihi jumlah amaun perbelanjaan perubatan yang anda telah bayar.
Anda perlu menyatakan dalam proses pemohonan tentang polisi KD lain yang telah anda beli. Jika anda membeli perlindungan KD tambahan daripada syarikat insurans lain, anda perlu memaklumkan syarikat insurans berkenaan (sekiranya ada).

KEWAJIPAN MEMBUAT PENDEDAHAN FAKTA
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting dalam borang permohonan, contohnya keadaan kesihatan anda, pekerjaan sekarang dan bilangan polisi KD yang anda telah miliki. Ini membolehkan syarikat insurans anda mempertimbangkan permohonan anda dengan teliti. Jika anda tidak mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans boleh menolak tuntutan anda.
Setelah anda diinsuranskan, anda perlu memaklumkan syarikat insurans anda sekiranya anda bertukar pekerjaan kerana ini mungkin mengubah profil risiko anda.

Pembayaran Premium - Apa Yang Perlu Anda Tahu
  • Premium anda perlu diterima oleh syarikat insurans dalam tempoh 60 hari dari tarikh perlindungan bermula. Jika tidak, perlindungan anda terbatal secara automatik dan anda masih bertanggungjawab membayar premium selama 60 hari tersebut di mana polisi anda telah berkuatkuasa.
  • Anda  perlu memastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikat insurans sekiranya anda membayar melalui ejen. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika premium anda dibayar terus kepada syarikat insurans.
  • Minta resit pembayaran premium dan hubungi syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi selepas sebulan dari tarikh pembelian polisi itu.


Wednesday, October 14, 2009

14 Oktober 2009!

Salam,
Tidak ada apa yang hendak dituliskan pun. Cuma berkira-kira yang masa sekarang memang pantas berlalu. Hari ini adalah Hari Lahir saya yang telah pun masuk ke-?? (Biarlah Rahsia...:)..)

Saya selalu berfikir, jikalau kita mehu melakukan sesuatu pekara, bilakah ia harus dimulakan??
hari ini?
atau esok?
atau pun pada Hari Lahir akan datang??

Sebab pada hari ini, Masa tidak akan menunggu kita. Ianya berlalu dan terus berlalu tanpa meyapa atau mengejutkan kita dari mimpi pun. Jadi, kalau kita rasa pekara itu betul dan yakin, saya syorkan anda melakukan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan masa terus berlalu begitu sahaja.

Pada yang menyambut Hari Lahir sama dengan saya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir untuk anda. Semoga dengan penambahan angka dalam umur anda akan terus mematangkan anda semua. Dan semoga apa yang dihajatkan oleh anda semua dapat dimakbulkan OlehNya. Insyaallah.
Sekian

Monday, October 12, 2009

Rezeki Ada di mana-mana!!

Salam,

Selamat bertemu kembali pada pembaca-pembaca blog saya ini. Hari ini tidak ada apa sangat yang hendak ditulis melainkan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada anda semua yang sentiasa menyokong saya dalam bidang ini. Bila habis sahaja bercuti, rezeki datang mencurah-curah. Terima kasih yang teramat pada yang Maha Esa. Alhamdulillah.

Dan undangan untuk ke rumah terbuka pun sentiasa penuh sehinggakan ada rumah yang tidak berkesempatan untuk pergi. Sekali lagi maaf untuk kawan-kawan yang telah menjemput saya untuk ke rumah terbuka tetapi tidak dapat saya pebuhi.

Pada sesiapa yang ingin membuat temujanji, saya cuba setkan masa agar dapat melaksanakan temujanji itu. Sebab ada yang saya tidak dapat penuhi kerana telah pun berada di luar kawasan. (Puan Reena, minta maaf bebanyak. Kita set lain kali ehh. Terima kasih)

Sekian.

Saturday, September 26, 2009

Back To KL

 I'M BACK!!

Salam,
Setelah seminggu berada di kampung halaman, dan sempat jugak jumpa beberapa prospek, hari ini saya telah kembali ke Kuala Lumpur dan akan kembali bekerja seperti biasa. Segala jadual harus diatur semula demi melancarkan segala urusan-urusan yang belum selesai lagi.

Masa berlalu terlalu cepat. Mood raya masih lagi menebal. Tapi apa boleh buat, kerja mesti diteruskan. Jadi, pada pembaca-pembaca blog ini, yang mana ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal Insurans ini bolehlah emailkan/sms sebarang pertanyaan kepada saya dan Insyaallah saya akan membalasnya dengan kadar segera. Sekian.

Friday, September 18, 2009

Salam Idul-Fitri 1430H



Salam,
Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa dan tinggal lagi 2 hari untuk kita meyambut Hari Raya Idul-Fitri 1430H. Dan dengan itu bulan Ramadhan akan meninggalkan kita sekali lagi. Kalau dipanjangkan umur, kita akan ketemu lagi dengan Bulan Ramadhan pada tahun akan datang. Insyaallah.
Dengan ini, saya ingin menyusun 10 jari dan memohon ampun dan maaf andai kata saya ada terkasar bahasa, tersalah cakap yang telah mengguris mana-mana pihak, atau ada pekara yang membuatkan kawan-kawan, klien-klien saya, dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya ini terasa hati dengan saya. Saya sedar bahawa saya hanya seorang insan yang lemah dan takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Harap anda semua memafkan saya dan tidak berkecil hati dengan saya.
Pada semua klien saya yang membaca blog ini, saya ucapkan jutaan terima kasih pada anda semua kerana sentiasa menyokong saya dalam Industri ini. Semoga Hari Raya anda kali ini lebih bermakna disamping keluarga tercinta. Dan jikalau ada sebarang masalah berkaitan dengan Insurans, jangan segan-segan untuk berhubung dengan saya. Walaupun saya sedang bercuti, insyaallah saya akan dahulukan pertanyaan anda. Untuk anda saya letak masa saya 24/7.
Pada kawan-kawan yang menghubungi saya pasal Insurans ni, insyaallah kita akan berjumpa di kampung nanti. Dan pada sesiapa yang beraya di Kelantan, Saya berada di sana sampai hari Sabtu 26/09/2009. Saya akan cuba set kan masa saya untuk anda.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Idul-Fitri dari saya sekeluarga. Dan semoga raya kali ini lebih bermakna untuk anda semua. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Salam

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan 1430H




Assalamualaikum wbt.






Kepada klien-klien yang banyak menyokong saya, pada kawan-kawan yang masih tak jemu melayan karenah saya, dan juga kepada pembaca-pembaca blog saya



yang masih sudi menjenguk kat blog saya ni. Tanpa anda semua, siapalah saya dalam industri ini. Terima kasih tak terhingga dari saya.






Setahun telah berlalu.



Kini lambaian Ramadhan datang kembali.



Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini, kita akan mendapat segala keberkatan dariNya.



Salam Ramadhan saya hulurkan.






Yang Ikhlas,

Mohd Herman Bin Muhamad

Great Eastern Life Assurance (M) Bhd

017.247.8890

013.256.4869

Sunday, August 16, 2009

H1N1 @ Influenza A

High risk infection to person yg smoking, has asthma & others penyakit, children, pregnant woman.

Beginner stage Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...Second Stage Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital.


Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I. Critical Lung infection. Bila X-ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug.


At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...


Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air Yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...


All the family member unite to support my brother fighting the virus. Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient.


I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah.


p/s : dipetik dari e-mail seorang teman. Tanpa ada sebarang perubahan tatabahasa atau pun penambahan dari segi 'kelancaran' jalan cerita tersebut. Sekian




Salam,
Ini adalah satu petikan yang saya dapat daripada e-mail yang dihantar oleh seorang teman. Bukan niat untuk menakutkan semua orang tapi ini adalah tujuan untuk menyedarkan semua orang dan semua pihak. Anda semua harus tahu, yang wabak ni semakin 'menggila' di negara yang kita cintai ini. 1Malaysia = Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!! betul ke??


Apa yang saya nak kongsi kat sini ialah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Saya rasa itu semua cerdik pandai memang dah tau kot. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah dengan patuhilah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh badan-badan atau agensi-agensi yang bertanggungjawab tuh. Setakat hari ni WHO ( World Health Organization ) telah mengumumkan yang sudah hampir 5 juta rakyat Malaysia sudah terdedah kepada wabak ini. Adakah kita salah seorang daripada itu?? Renungkan......


Memang betul apa yang disampaikan oleh penulis e-mail itu. Hospital Kerajaan memang tidak dapat untuk menampung sepenuhnya dan kemungkinan perlu menunggu sehingga betul-betul dah agak kritikal baru akan dimasukkan ke wad untuk kuarantin dan rawatan seterusnya. Ini memang satu masalah yang agak besar bila keadaan pesakit tu telah pun berada dalam keadaan yang agak kritikal.


Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bukan semua Hospital Swasta tidak menerima pesakit daripada wabak ini. Ada beberapa Hospital Swasta yang menerima pesakit ini. Kat sini saya akan lampirkan nama-nama Hospital Swasta di seluruh negara yang menerima pesakit ini. TETAPI, apabila bercakap tentang Hospital Swasta, kos rawatannya sudah ramai yang tahu. Memang mahal berbanding dengan Hospital Kerajaan.


Tetapi, bagi individu yang mempunyai Kad Perubatan ( Medical Card ), itu semua tidak menjadi masalah. Ada sesetengah Syarikat Insurans tidak menawarkan perlindungan untuk penyakit ini. Tapi, bagi pemegang Kad Perubatan Great Eastern Life Assurance (m) Bhd, anda semua dilindungi untuk penyakit ini. Pihak Syarikat akan membayar jumlah bil rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital. Sekian


Senarai Hospital Swasta Yang Menerima Pesakit H1N1 :



Saturday, August 15, 2009

Great MediCare 2 - Kad Perubatan Dengan Had Seumur Hidup Keseluruhan Sehingga RM800,000

Kenapa Great MediCare 2??

Kita cuba tengok apa yang telah dilampirkan.











Great MediCare 2 ialah pelan perubatan tanpa penyertaan dalam keuntungan. Pelan ini melindungi anda terhadap perkara di luar jangkaan dengan Had seumur Hidup Keseluruhan sehingga RM800K dan Had Tahuan keseluruhan sehingga RM200K, bergantung kepada keperluan anda.

Kos Perubatan kurang dari RM1.50 sehari ( Kumpulan Umur 11 -35, Pelan 150). Adakah dengan RM1.50 sehari satu jumlah yang besar bagi anda semua?? Cuba anda bayangkan dalam sehari berapa batang rokok yang telah anda hisap?? (bagi yang merokok). Kat sini saya cuma nak anda tolak 3 batang rokok sehari dan jumlah itu bersamaan dengan 1 Kad Perubatan yang anda layak untuk memilikki dengan Had Tahunan sebanyak RM90,000 dan Had Seumur Hidup sebanyak RM360,000. Apa pendapat anda??
Untuk sebarang pertanyaan, saya sedia berkhidmat untuk anda 24/7 (berkenaan dengan kerja) dan di mana saja. Kita bincang dulu apa yang sepatutnya. Dan semuanya bergantung pada anda. Tugas saya hanya menyampaikan apa yang saya belajar dan apa yang saya rasa penting untuk dikongsi bersama.
Jangan segan silu untuk berhubung dengan saya dalam apa cara sekali pun. Anda pilih cara mana yang ada suka :
hp : 017.247. 8890 / 013.356.4969
ym : herman_gela
Insyaallah saya akan berhubung dengan anda dalam kadar yang segera setelah menerima apa-apa pertanyaan. Sekian







Kenapa Great Eastern Life Assurance (m) Bhd??


Sang Singa dibelakang Pelaburan anda. Itulah ungkapan yang boleh diberikan. Sejak dari tahun 1908 sehinggalah ke saat ini, Great Eastern tetap lagi berdiri teguh dan semakin teguh. Dengan pelan-pelan yang ditawarkan begitu bersesuaian dengan keadaan kos rawatan perubatan dan tahap ekonomi sekarang, ianya juga menjadi satu tangga bagi individu-individu yang inginkan kebebasan kewangan dengan tidak lagi bekerja dengan 'makan gaji'.
Telah pun terbukti sejak sekian lama. Di Great Eastern Life Assurance (m) Bhd, anda mampu untuk menjadi Bos, dan juga mampu menjana pendapatan yang tiada had. Dengan keadaan ekonomi sekarang, kita tidak lagi hanya boleh mengharapkan dengan gaji bulanan yang sudah pun ditetapkan. Kos sara hidup yang sangat tinggi dan juga pekara-pekara lain yang perlu dilakukan, kita seharusnya perlu bekerja lebih dari satu kerja ataupun kita pilih satu jalan yang bijak.
Pintu Menara Great Eastern sentiasa terbuka untuk pelanggan dan jugak untuk bakal-bakal individu yang ingin menyertai kami sebagai Perunding Insurans yang sah. Segala tunjuk ajar akan diberikan oleh ketua-ketua yang umumnya sudah pun mengetahui dan diakui telah pun berjaya dengan suksesnya. Jumpa anda di Puncak!!

Friday, August 14, 2009

Target Yang Perlu DiCapai


Salam,
Agak lama blog ini tidak dikemaskini. Ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan atas faktor-faktor teknikal yang tidak menyebelahi. Keratan akhbar ini dikeluarkan pada bulan Julai 2009 yang lepas. Ini membuktikan yang Great Eastern Life Assurance (m) Bhd, sentiasa menongkah arus semasa walau dalam kegawatan ekonomi sekali pun.
Ini membuktikan yang Syarikat semakin hari semakin berkembang dan semakin menuju ke puncak walaupun terdapat banyak persaingan dalam Industri Insurans/Takaful ini. Kami sebagai Perunding yang sah di Syarikat ini sentiasa berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Syarikat. Dan ini semua adalah hasil daripada kepercayaan klien-klien kami yang silih berganti mengisi borang permohonan insurans sejajar dengan kepentingan perlindungan yang perlu ada oleh semua individu. Sekian

Wednesday, April 15, 2009

The Brand Laureate Award 2008-2009

Salam,
Sekali lagi dalam Industri ni, Great Eastern Life Assurance (M) Bhd telah mendapat penganugerahan daripada The Brand Laureate bagi sesi 2008-2009. Anugerah yang diterima adalah The Best Brands In Service - Life Insurance. Untuk rujukan, sila ke website ini --> http://www.thebrandlaureate.com/


CEO Brand Laureate Sdn. Bhd, Mr.KK Johan

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Badawi
CEO Great Eastern Life Assurance (M) Bhd, Mr.Koh Yaw Hui

Jenis-Jenis Penyakit Kritikal dan Kos Perubatan

Salam,
Sebenarnya gambar yang dilampirkan ini adalah merupakan 'flyers' yang akan dicetak oleh saya nanti. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa membatalkan hasrat tu dan terus terfikir untuk letakkan kat blog saya ni.

Penyakit kritikal yang ditunjukkan ini adalah yang telah dikemaskini dari masa ke semasa dan ianya juga merupakan jenis-jenis penyakit yang sering berlaku di negara kita ni dan juga kepada orang Asia. Sumber ini diambil dan dikaji dari hospital-hospital Kerajaan dan Swasta di Malaysia. Berkenaan dengan Kos Rawatan itu, ianya bergantung pada hospital masing-masing dan anggaran kos adalah seperti yang telah ditunjukkan. Sekian

*Kos Rawatan Adalah Bergantung Pada Hospital-Hospital Tertentu

Monday, April 13, 2009

Supreme Livin'Care Plus (sehingga 31 May 2009)

Salam,
Merujuk kepada tajuk di atas, Syarikat telah pun mengeluarkan notis tentang penamatan Pelan tersebut di pasaran dalam masa terdekat. Jadi, sebagai seorang Perunding Insurans dan juga kawan kepada pengikut blog saya ni, saya syorkan rebutlah peluang terbaik ini. Pelan ini terlalu istimewa untuk jangka masa panjang.

Untuk mengetahui tentang Pelan ni, saya telah menyediakan sedikit sebanyak info tentang Pelan ini dan untuk mengetahui lebih lanjut, boleh terus berhubung dengan saya bila-bila masa dan di mana sahaja.

Info Tentang Pelan Ini:







Untuk mendapatkan 'Quotation' percuma tentang Pelan ini, anda boleh emailkan kepada saya :

Nama Anda
Tarikh Lahir
Jenis Pekerjaan
Merokok/Tidak Merokok

di, herman_gela@yahoo.com ataupun

boleh terus menghubungi saya di talian,
017-247 8890 / 013-256 4969
. Sekian

Sunday, April 12, 2009

Dana Restu Dan Dana Sejati

Klik pada imej untuk lebih jelas


Salam untuk semua,
Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah sekian lama saya menyepi daripada mencoret berita di blog saya ni atas faktor-faktor kesibukan kerja yang tak dapat dielakkan. Dan semoga pada kali ini info yang diberikan akan dapat membantu anda semua tentang Insurans Hayat ini. Dan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

Berbalik pada carta yang saya berikan ini, ianya adalah berkenaan dengan 2 jenis Dana yang disediakan untuk pemegang polisi yang beragama islam di Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. Dana itu adalah Dana Restu dan Dana Sejati. Dana ini adalah dibawah seliaan Syariah dan syarikat telah melantik Perunding Syariah untuk Dana-Dana ini. Dan carta ini menunjukkan pencapaian kedua-dua Dana tersebut dipasaran berakhir pada November 2008. Sekian


"Dana Restu & Dana Sejati Insurance are funds invested in accordance with Syariah principles. Ideal for both Muslims as well as non-Muslims, both funds are available with Great Eastern's GreatLife Portfolio - a powerful plan that gives you the best of both worlds: protection and investment. We have also appointed Syariah Advisors to advise us on all Syariah matters pertaining to both these funds."

Friday, February 27, 2009

Adakah Anda Seorang Yang Tabah?? Renung-Renungkan!!

Salam,
apa yang saya nak kongsi pada kali ini adalah sebuah kisah daripada seorang yang kurang upaya tapi TAK PERNAH putus asa dalam apa kerja yang dia buat. Kisah ini saya nak kongsikan dengan SEMUA Perunding-Perunding Insurans Hayat dan juga kawan-kawan yang seangkatan dengan saya. Dan tak lupa juga pada individu-individu yang selalu menjenguk blog yang tak seberapa ni. Sekian.

Layannn....



Jadi, apa perasaan anda semua?? Renung-Renungkan!!!

Saturday, February 21, 2009

Insurans Adalah Untuk PERLINDUNGAN!!

Salam,
Saya tidak mahu menulis panjang untuk tajuk kali ni. Sekadar untuk mengingatkan kawan-kawan kat luar sana tentang Insurans Hayat ni. Sebab ramai prospek-prospek yang saya jumpa, bila bercerita pasal Insurans Hayat, soalan pertama yang dia orang tanya ialah,

"Berapa pulangan yang akan dapat nanti bila sampai tempoh matang?"

Jadi saya nak tekankan kat sini, jangan sesekali bercerita tentang pulangan yang akan dapat apabila sampai tempoh matang. Tetapi tanya diri anda sendiri, apa yang keluarga anda akan dapat, atau anda sendiri akan dapat jika berlaku sebarang musibah yang tidak diingini berlaku pada anda.

Jadi, pada pembaca-pembaca Blog saya yang tak seberapa ni, harap anda sendiri dapat membuat keputusan yang bijak demi masa depan yang lebih bahagia. Sekian.

Sedikit sumber dari keratan Akhbar :



Thursday, February 19, 2009

Produk Terbaru (Centennial Wonder)

Ini adalah Produk Endowment dengan tempoh 25 @ 35 Tahun. Premium berbayar pula hanyalah dalam tempoh 5 @ 8 Tahun SAHAJA.

'Survival Benefit' yang terjamin akan dibayar setiap tahun bermula dari tahun 1.

% daripada Jumlah Asurans Asas:

25-tahun Tempoh Polisi

1 - 10 = 2.75%
11 - 20 = 3.75%

21 - 25 = 4.75%
26 - 30 = N/A
31 - 35 = N/A

JUMLAH 88.75%

35-tahun Tempoh Polisi

1 - 10 = 2.75%
11 - 20 = 3.75%
21 - 25 = 4.75%
26 - 30 = 4.75%
31 - 35 = 5.25%

JUMLAH 138.75%

Keratan Daripada Akhbar

Dan dengan dukacitanya dimaklumkan, pelan ini hanya dibuka dalam tempoh 2 Bulan atau RM200m kutipan Premium telah dibuat. Segala pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya dengan apa cara sekali pun. Peluang ini teramat istimewa dan teramatlah TERHAD. Sekian

Wednesday, January 28, 2009

Smart Medic (Perlindungan Sehingga 1,600,000*)

Kita selalu inginkan kesihatan yang baik. Walau pun kita tidak pasti sama ada kita akan menikmati kesihatan yang baik, kita boleh mengambil langkah persediaan bagi kemalangan dan penyakit dengan memastikan kita mempunyai kemudahan untuk memperoleh jagaan perubatan yang baik.
Memperkenalkan SMART MEDIC - Rider perubatan komprehensif bagi pelan berkait pelaburan. Rider ini memberikan anda perlindungan perubatan bagi menangani kesan daripada hal kecemasan perubatan yang tidak dijangka. Dengan menawarkan perlindungan komprehensif bagi kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan banyak lagi, SMART MEDIC membantu melindungi kesihatan anda, selain memberi jaminan kewangan yang lebih baik.

  • Nikmati Had Perlindungan Yang Tinggi
Pembayaran balik tuntutan perubatan sehingga satu jumlah sekali gus, dengan had tahunan maksimun sehingga RM200,000 dan had seumur hidup sehingga RM1,600,000, bergantung pada pelan yang anda pilih.

  • Jaminan Manfaat Perubatan Komprehensif
SMART MEDIC memberikan anda perlindungan perubatan komprehensif sebagai perlindungan terhadap kesukaran kewangan sewaktu kecemasa perubatan.

Manfaat utama termasuk kemasukan Hospital yang mudah, rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan manfaat Perbelanjaan Pembedahan. Anda juga akan mendapat ketenangan minda dengan manfaat Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar dan Pembedahan Harian yang terdapat dalam pelan ini.

  • Manfaat Kematian Kemalangan Menambah Perlindungan Anda
Orang kesayangan anda akan menerima Manfaat Kematian Kemalangan yang boleh dibayar sehingga RM20,000, bergantung pada pelan yang anda pilih, jika berlaku kematian akibat kemalangan.
  • Manfaat Tunai Harian Bagi Membantu Pemulihan
Anda tidak perlu terlalu risau dengan perbelanjaan perubatan dalam kes kemasukan hospital di Hospital Kerajaan Malaysia. Pelan ini membayar manfaat Tunai Harian kepada anda sebanyak RM50.00 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun polisi.

  • Dibaharui Sehingga Umur 80 Tahun
SMART MEDIC dibuka untuk sesiapa yang berumur di antara 30 hari hingga 60 tahun pada hari jadi berikutnya. Ia boleh dibaharui tahunan sehingga umur 80 tahun pada hari jadi berikutnya, dengan syarat syarikat masih lagi menawarkan pelan ini.

  • Jaminan Lebih Baik Apabila Anda Melancong Di Seluruh Dunia
Apabila anda berada di luar negara untuk bercuti atau urusan perniagaan, anda tetap yakin bahawa anda dilindungi dengan Supreme Assist, perkhidmatan bantuan kecemasan bagi perubatan dan bantuan perjalanan di mana sahaja di seluruh dunia.










Tuesday, January 20, 2009

The Power Of 101

101...adalah satu angka yang biasa sahaja. Tapi ia begitu bermakna untuk staf-staf dan jugak para Perunding yang bernaung di bawah bumbung Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. Kerana angka 101 itu merupakan tempoh masa Great Eastern Life Assurance (M) Bhd telah bertapak di Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ke-101 kewujudan Syarikat ini.

Dari segi aset Syarikat, setakat ini memang tak menjadi masalah walaupun pada masa sekarang banyak Syarikat yang sedang berusaha untuk mempertahankan Syarikat masing-masing daripada 'tumbang'. Untuk rekod terkini, Great Eastern telah mempunyai aset terkumpul hampir-hampir RM40b di Malaysia. Satu angka yang agak boleh dibanggakan. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website Bank Negara Malaysia.

Seperti tahun-tahun sudah, tahun ini juga merupakan tahun di mana Perunding-Perunding perlu bekerja keras untuk mencapai target yang diberikan oleh Agensi atau Hq. Dan salah satu penghargaan yang akan diberikan oleh Syarikat adalah dengan menyediakan pakej Perlancongan bagi yang layak. Pada tahun ini terdapat 3 tempat yang dipilih oleh Syarikat bagi menghargai penat lelah yang telah dilakukan oleh Perunding-Perunding yang berjaya. Tempat itu adalah :

1) Korea








2) Australia







3) Switzerland






Jadi, tempat mana pilihan saya nanti, bergantung pada kerja saya untuk tahun ni. Untuk menceritakan pasal gambar-gambar di atas, saya kurang arif lagi. Insyaallah dengan usaha dan Anugerah daripadaNya, saya akan pergi ke salah satu tempat tuh. Dan itupun atas sokongan daripada anda semua hendaknya. hehe
Sekian.

Thursday, January 1, 2009

1 Januari 2009

Salam,
Selamat tahun baru pada pembaca-pembaba blog ni. 2008 telah pergi meninggalkan kita dengan kisah suka dan duka masing-masing. Dan selamat datang 2009 ke dalam hidup kita semua. Semoga tahun ni akan lebih bererti dan bermakna buat kita semua.

Hari ni adalah hari pertama 2009. Jadi, setiap orang telah menanam perlbagai azam bila bermulanya tahun baru. Apakah azam anda pada tahun ni?Bagaimanakan caranya untuk mencapai azam anda tu?Bagi saya satu jek kalau nak berjaya, kena gandakan usaha dan sentiasa berdoa pada yang maha Esa. Insyaallah akan berjaya.

Azam saya sendiri pun sangat tinggi pada tahun ni. Adakah akan berjaya??Kita sama-sama nantikan posting saya pada 31/12/2009, Insyaallah kalau umur saya panjang lagi. Dapat lagi bersama-sama anda semua nanti. Sekian