Wednesday, October 14, 2009

14 Oktober 2009!

Salam,
Tidak ada apa yang hendak dituliskan pun. Cuma berkira-kira yang masa sekarang memang pantas berlalu. Hari ini adalah Hari Lahir saya yang telah pun masuk ke-?? (Biarlah Rahsia...:)..)

Saya selalu berfikir, jikalau kita mehu melakukan sesuatu pekara, bilakah ia harus dimulakan??
hari ini?
atau esok?
atau pun pada Hari Lahir akan datang??

Sebab pada hari ini, Masa tidak akan menunggu kita. Ianya berlalu dan terus berlalu tanpa meyapa atau mengejutkan kita dari mimpi pun. Jadi, kalau kita rasa pekara itu betul dan yakin, saya syorkan anda melakukan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan masa terus berlalu begitu sahaja.

Pada yang menyambut Hari Lahir sama dengan saya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir untuk anda. Semoga dengan penambahan angka dalam umur anda akan terus mematangkan anda semua. Dan semoga apa yang dihajatkan oleh anda semua dapat dimakbulkan OlehNya. Insyaallah.
Sekian

Monday, October 12, 2009

Rezeki Ada di mana-mana!!

Salam,

Selamat bertemu kembali pada pembaca-pembaca blog saya ini. Hari ini tidak ada apa sangat yang hendak ditulis melainkan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada anda semua yang sentiasa menyokong saya dalam bidang ini. Bila habis sahaja bercuti, rezeki datang mencurah-curah. Terima kasih yang teramat pada yang Maha Esa. Alhamdulillah.

Dan undangan untuk ke rumah terbuka pun sentiasa penuh sehinggakan ada rumah yang tidak berkesempatan untuk pergi. Sekali lagi maaf untuk kawan-kawan yang telah menjemput saya untuk ke rumah terbuka tetapi tidak dapat saya pebuhi.

Pada sesiapa yang ingin membuat temujanji, saya cuba setkan masa agar dapat melaksanakan temujanji itu. Sebab ada yang saya tidak dapat penuhi kerana telah pun berada di luar kawasan. (Puan Reena, minta maaf bebanyak. Kita set lain kali ehh. Terima kasih)

Sekian.