Monday, December 29, 2008

Kenapa Staff Kerajaan Juga Perlu ada Insurans Hayat?

WANGSA MAJU - Dengan duit pencen suami, seorang wanita bertungkus-lumus menyara keluarga dalam keadaan serba kekurangan.

Dalam kesempitam hidup itu, Jauhariah Ahmad, 47, tetap cekal menghadapi dugaan menyara keluarganya setelah suaminya, Salim Jantan, 45, hilang upaya akibat penyakit BUAH PINGGANG, KENCING MANIS dan DARAH TINGGI telah jatuh sakit.

Menurutnya, kesusahan keluarganya bertimpa lagi apabila anaknya, Nor Ezah Fairanah Salim, 15, disahkan menghidap jantung berlubang dan memerlukan wang seperti suaminya untuk mendapatkan rawatan.

"Kini saya hanya bekerja sendiriran menampung segala kekurangan, malah duit untuk perbelanjaan persekolahan pun tidak mencukupi. Pihak sekolah juga ada bertanyakan yuran persekolahan anak, tetapi saya sudah tidak mampu membayarnya dan ditambah pula dengan kepelbagaian yuran lain," kata Jauhariah.

Katanya, Salim merupakan bekas TENTERA dan berhenti berkhidmat setelah menghidap penyakit tahun lalu, manakala Jauhariah masih bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Kementerian Pertahanan.

Jauhariah berkata, rumahnya juga dalam keadaan uzur dan sering dimasuki air apabila hujan, tetapi dia tidak mampu untuk membaikinya.
"Saya berharap permohonan untuk mendapatkan rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) akan diluluskan nanti agar kami dapat hidup lebih selesa. Saya juga berharap sangat agar ketiga-tiga anak saya akan mengubah kehidupan ini dengan memperoleh pendidikan sempurna dan seterusnya mendapat pekerjaan terbaik,"katanya dengan nada sebak.

Dia berharap perasaan rendah diri yang dimiliki akibat kekurangan keluarganya akan dapat diubah apabila anak-anaknya mencapai kejayaan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang atau membantu keluarga ini, bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat milik Jauhariah: 2201 9114 0719.

p/s : Berita ini dipetik daripada Akhbar Sinar Harian edisi Ahad, 28 Disember 2008.

Salam,
Tujuan saya menulis berita ini, bukanlah untuk mengaibkan mana-mana individu secara langsung atau pun tidak langsung. Tujuan saya adalah untuk berkongsi apa yang telah dialami oleh keluarga mereka akibat hilang tempat yang menjadi punca sumber rezeki.

Kita sebenarnya manusia biasa. Dan tidak terlepas daripada dugaan daripada Allah s.w.t. Tetapi kita semua harus sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua keadaan kerana itu semua sudah tersurat. Mungkin kita boleh cuba elakkan pekara ni menjadi lagi serius kalau kita sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.

Macam saya, sentiasa saya igtkan pada kawan-kawan dan orang terdekat tentang kepentingan Insurans ni. Carumlah seminimun mungkin kalau anda betul-betul tidak mampu untuk ambil pakej yang lengkap. Sekurang-kurangnya biarlah ada satu Kad Perubatan (Medical Card) dalam hidup anda. Insyaallah Kad ini dapat membantu anda dari menjadi lebih tertekan dengan ekonomi keluarga yang tak seberapa. Ajal dan maut memang di tangan Tuhan, tapi sebelum kita pergi meninggalkan dunia ni, cuba kita fikir macam mana perasaan orang yang nak kena bekerja dengan lebih kuat untuk menyara kita dan juga Kos Perubatan kita. Fikir-fikirkan. Sekian.

1 Muharram 1430H

Salam,
Hari ni telah pun masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Dan dengan ini telah meningkat lagi setahun umur kita. Apakah yang telah kita berjaya capai pada tahun lepas?dan apakah yang masih lagi belum kita capai?

Sekarang, kita kena buka buku baru. Buku lama dah kena kunci dan letak dalam peti besi kita. Biasa orang akan selalu sibuk pasal azam tahun baru. Apakah azam kawan2 semua??
Macam saya sendiri pun ada azam jugak. Dan insyaallah boleh berjaya kalau betul-betul fokuskan untuk azam tu dan jugak dengan izinNya.

Pada saya, tahun 1429H telah meninggalkan banyak kenangan untuk saya. Baisk suka atau pun duka, itu semua sudah tertulis dalam hidup setiap orang. Jadi kesabaran dan ketabahan teramatlah penting dalam mengharungi semua itu. Bagi yang bekerja macam saya ni, memang sifat kesabaran tu mengatasi segala-gala nya. Tanpa kesabaran yang cukup, sudah lama saya tinggalkan kerjaya saya ni. Tapi syukur Alhamdulillah, dengan izinNya mampu lagi saya berada dalam industri ni dah Insyaallah akan lagi maju ke depan. Aminn

Jadi pada tahun ni, 1430H Insyaallah akan mematangkan lagi saya dalam kerjaya saya ni. Dan target saya untuk tahun pun agak tinggi sikit berbanding pada tahun lepas. Target saya tahun ni moga-moga termakbul atas izinNya dan jugak semangat saya nanti. Pada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, saya sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam industri ni. Pada kawan-kawan yang jugak klien saya, saya sentiasa mendoakan mereka semoga sentiasa sukses dalam hidup dan akhirat nanti agar sentiasa bercahaya.

Pada yang belum ada apa-apa perlindungan lagi tu, mulakan tahun baru anda dengan azam baru. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kalau nak cerita pasal kemampuan, semua orang pun tak mampu tapi ini semua bergantung pada kebijaksanaan masing-masing. Tuhan dah ciptakan kita akal dan fikiran supaya kita boleh berfikir dengan sebaik-baiknya. Sekian

Sunday, December 28, 2008

Salah Tafsiran!! - Episod 2

Kenapa Ejen Insurans ni kalau bercerita, mesti sebut pasal kematian, hilang upaya kekal, kena penyakit kritikal, menyampah jugak kadang-kadang bila dengar!!

Salam,
Itu adalah salah satu ayat yang biasa saya dengar dari mulut prospek yang saya jumpa dan tak faham dengan jelas apa itu Insurans Hayat. Bagi saya, ayat-ayat macam ni dah berkali-kali saya dengar. Tapi apa boleh buat, dah itu seorang prospek. Jadi, kena layan jelah kan. Cuma kat sini, tugas saya sebagai seorang Perunding Insurans lah yang harus memainkan peranan dalam memberitahu mereka pekara sebenar. Pelajaran asas adalah sangat penting sebelum kita memulakan sesuatu pekara. Jadi, dalam industri ni pun sama jugak. Tidak ada gunanya klien bayar premium sampai RM300-RM400 sebulan kalau dia orang masih tak jelas tentang Insurans Hayat ni.

Bagi orang yang dah faham dengan jelas, mereka takkan mempersoalkan lagi tentang pekara ni. Sebab Insurans Hayat ini adalah untuk PERLINDUNGAN.

Bagi yang masih lagi kurang jelas, boleh lah berhubung dengan saya. Segala penerangan adalah PERCUMA. Sharing Is Caring. Sekian

Thursday, December 25, 2008

Salah Tafsiran!! - Episod 1

Salam,
Merujuk kepada tajuk di atas, ramai lagi dikalangan kita yang masih kurang jelas tentang Insurans Hayat ini. Bagi kebanyakkan yang kita dengar, Insurans Hayat ni tidak penting sebab ia satu pembaziran. Kenapa mereka fikir membazir, sebab mereka rasa bayaran PREMIUM bulanan/tahunan hanya setakat membayar sahaja dan tidak ada apa-apa yang mereka dapat kecuali resit bayaran ataupun penyata tiap-tiap bulan. Jadi bagi mereka, ianya tidak sama dengan membeli sebuah kereta. Walaupun bayaran bulanan untuk kereta adalah tinggi, dan nilai susut kereta semakin tahun semakin berkurangan, orang tetap lagi bangga sebab mereka mendapat sesuatu dengan bayaran mereka setiap bulan.

Jadi di sini saya ingin jelaskan, INSURANS HAYAT adalah satu bentuk PERLINDUNGAN untuk jangka masa panjang. Di samping dapat menjamin KEBEBASAN KEWANGAN kepada kita jika berlaku sebarang pekara yang tidak diingini pada orang yang menjadi punca sumber rezeki kepada kita. Contohnya :

Suami
Jika selama ini, isteri hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Dan segala tanggungan adalah sumbangan daripada Suami. Tiba2, sebab ajal dan maut di tangan Tuhan. Dalam mereka sedang bahagia bersama keluarga tersayang, si Suami telah pergi meninggalkan mereka dalam sekelip mata. Agak2 apa akan terjadi pada Isteri tadi??Sedangkan sebelum ni dia hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa?

-macam mana dengan hutang yg belum selesai?
-macam mana dengan bayaran bulanan kereta (biasa pasti ada walaupun sebuah)?
-macam mana nasib anak-anak yang masih bersekolah?
-macam mana dengan nasib isteri tu sendiri??

Cuba renungkan......

Ini adalah salah satu contoh yang paling biasa. Ada banyak lagi kes-kes tertentu yang berkait dengan Insurans Hayat ni. Di sini, bukan saya nak ceritakan pasal kematian, tetapi nak menyedarkan orang ramai kenapa Insurans Hayat ni dicipta. Dunia semakin maju. Teknologi dah semakin canggih. Peningkatan Bil Hospital telah naik di antara 10-15% setahun. Jadi, anda semua pasti dapat bayangkan macam mana kos perubatan pada masa akan datang. Sekian

Monday, December 15, 2008

Produk Terkini ( Great MultiCash )

Salam,
Seperti yang telah diberitahu sebelum ni, Great Eastern Life Assurance akan keluarkan pelan terbaru dalam masa terdekat. Dan pada beberapa Minggu lepas, pelan itu telah pun dikeluarkan (minta maaf sebab lambat update). Nama Pelan tu ialah Great MultiCash. Dan sekarang telah pun mendapat sambutan yang agak baik.

Pelan ni simple sahaja dan jenis yang bertempoh. Tempoh pelan ni adalah bergantung pada umur dan keperluan anda, dan boleh memilih tempoh polisi selama 12, 15, 18, 21, 24, 27 atau 30 tahun, dan kebiasaan pelan ni adalah untuk hari persaraan anda atau pun untuk anak anda menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi tanpa membuat pinjaman dari mana-mana agensi.

Sama juga seperti pelan lain, pelan ini mempunyai Manfaat Kematian, Manfaat Hilang Upaya Kekal (TPD), Manfaat Matang, Bonus Terminal dan jugak Manfaat Cukai. Pelan ini jugak akan memberikan anda pulangan setiap 2 tahun (jika mahu) atau pun biarkan sampai tempoh matang.

Jadi, bertindaklah dengan bijak sekarang. Biar sikit-sikit asalkan hari tua anda akan bahagia bersama keluarga tersayang. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya dengan apa cara sekali pun. Sekian

"Life Is Great"

Wednesday, December 3, 2008

GreatJunior Advantage Series 2

Salam,
Terima kasih pembuka bicara. Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Blog saya ni, Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa anda semua, siapalah saya dalam Industri Insurans ni.

Berbalik kepada tajuk di atas, kami di Great Eastern Life Assurance ni ada satu polisi yang dipanggil polisi untuk '3 GENERASI' yakni pelan di atas lah. Polisi ni dicipta demi memberikan kebebasan kewangan kepada anak tuan/puan apabila ketiadaan tuan/puan nanti. Polisi ini jenis yang bertempoh dan hanya perlu membayar premium selama 10 tahun sahaja. Dan selepas itu polisi ni akan matang. Dan anak tuan/puan akan menerima pulangan berserta dengan bonus dan dividen setiap tahun sehingga umur mencecah 87 tahun. Dan jikalau umurnya sampai 50 tahun sahaja, Great Eastern akan membayar satu jumlah tunai (bergantung pada premium) kepada anaknya atau pewarisnya secara penuh. (ini dipanggil 3 generasi) Dan polisi ini akan berhenti di sini.

Mengikut apa yang saya dengar, Pelan ini akan ditamatkan dalam masa terdekat. Kepada yang berminat untuk mendapatkan info pasal Pelan ni, boleh menghubungi saya dengan apa cara sekali pun dan sertakan sekali dengan butiran peribadi untuk saya menyediakan 'quotation'. Dan insyaallah saya akan menghubungi tuan/puan dengan kadar segera. Sekian

Tuesday, December 2, 2008

Hospital Panel

Ini adalah senarai Panel-panel Hospital Di Malaysia yang ada di bawah Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. Dan rasa-rasa takkan menjadi masalah pada pemegang Kad Perubatan (Medical Card) untuk memilih mana-mana Hospital yang berdekatan. Sekian

KEDAH
Kedah Medical Centre 175 Jalan Pumpong, Mukim Alor Merah, 05250 Alor Setar 04-7308878 04-7332869
Putra Medical Centre 888 Jalan Sekerat, Off Jalan Putra, 05100 Alor Setar 04-7342888 04-7348882
Strand Hospital No 1 Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani 04-4428888 04-4428889
Metro Specialist Hospital A7-A9 Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani 04-4238888 04-4238888/4258888

PULAU PINANG
Gleneagles Medical Centre No 1 Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang 04-2276111 04-2262994
Penang Adventist Hospital 465 Burmah Road, 10350 Georgetown 04-2261133 04-2263336
Tanjung Medical Centre No 473 Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang 04-2262323 04-2299008
Hope Children Hospital 25B, C & D, Jalan Gottlieb, 10350 Penang 04-2286557 04-2286559
Bukit Mertajam Specialist Hospital 565 Jalan Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 04-5387580 04-5387620
Hospital Lam Wah Ee 141 Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, 11600 Penang 04-6571888 04-6570935
Loh Guan Lye Specialist Centre 19 & 21 Logan Road, 10400 Penang 04-2288501 04-2290287
Hospital Pantai Mutiara 82 Jalan Tengah, Bayan Baru, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang 04-6433888 04-6432888
Bagan Specialist Centre Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth, Pulau Pinang 04-3322800 04-3312806

PERAK
Apollo Medical Centre 271 Jalan Medan Tanming Sari, 34000 Taiping 05-8056000 05-8076000
Taiping Medical Centre 45-49 Jalan Medan Taiping 2, Medan Taiping, 34000 Taiping 05-8071049/8071971 05-8063713
Ipoh Specialist Centre 26 Jalan Raja DiHilir, 30350 Ipoh 05-2418777 05-2451388
Hospital Pantai Putri 126 Jalan Tambun, 31400 Ipoh 05-5484333 05-5451163
Hospital Fatimah 1 Leboh Chew Peng Loon, Off Jln Dato' Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, 31400 Ipoh 05-5455777 05-5477050
Sri Manjung Specialist Centre Lot 14777, Jalan Lumut, 32000 Sitiawan, Perak 05-6918153/6918369 05-6922622
Perak Community Specialist Hospital 277, Jalan Raja Permaisuri Bainun, 30250 Ipoh, Perak 05-2545594/2548918 05-2554288

SELANGOR
Damansara Specialist Hospital 119 Jalan SS20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya 03-77222692 03-77222617
Sunway Medical Centre No 5 Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya 03-56327688 03-74918181
Subang Jaya Medical Centre 1 Jalan SS12/1A, Subang Jaya, 475000 Petaling Jaya 03-56341212 03-56306075
Selangor Medical Centre Lot 1 Jalan Singa 20/1, Section 20, 40300 Shah Alam 03-55431111 03-55431722
Ampang Puteri Specialist Hospital No 1 Jalan Mamanda 9, Taman Dato' Ahamad Razali, 68000 Ampang 03-42702500 03-42702443
Sri Kota Medical Centre Jalan Mohet, 41000 Klang 03-33733636 03-33736888
Pantai Klang Specialist Medical Centre 42, Persiaran Raja Muda Musa, 41100 Klang 03-33725222 03-33715705
Assunta Hospital Jalan Templer, 46990 Petaling Jaya 03-77823433/3302 03-77832144

WILAYAH PERSEKUTUAN
Chinese Maternity Hospital Centre 106 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur 03-20317736 03-20725250/5350
Damai Service Hospital (HQ) 115-119 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur 03-404349000 03-40435399
Damai Service Hospital (Melawati) Lot 9132 & 9133, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur 03-41089900 03-41089388
Gleneagles Intan Medical Centre 282-286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur 03-42571300 03-42579233
Institut Jantung Negara 145 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur 03-26981333 03-26982824
Pusat Pakar Tawakal 202A Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur 03-40233599 03-40228063
Sentosa Medical Centre 26 Jalan Chemur, Damai Complex, 50450 Kuala Lumpur 03-40437166 03-40437761
Tung Shin Hospital 102 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur 03-20721655 03-20700345
Hospital Pantai Indah K. Lumpur Jalan Perubatan 1, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur 03-42892828 03-42967406
Cheras Medical Centre 1 Jalan 1/96A, Taman Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur 03-91322022 03-91320687
Pantai Medical Centre Sdn Bhd 8 Jalan Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur 03-22960888 03-22821557

NEGERI SEMBILAN
Columbia Asia Medical Centre, Seremban No 292 Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Park, 70300 Seremban 06-6011988 06-6011848
Seremban Specialist Hospital Lot 6129 & 6220 Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban 06-767 7800 06-7675900

MELAKA
Mahkota Medical Centre No 3 Mahkota Melaka, Jalan Merdeka, 75000 Melaka 06-2813333 06-2810560
Putra Specialist Hospital (Melaka) 169 Jalan Bendahara, 75100 Melaka 06-2835888 06-2810518
Hospital Pantai Ayer Keroh No 2418-1 Km 8, Leboh Ayer keroh, 75450 Melaka 06-2319999 06-2313299

JOHOR
Johor Specialist Hospital 39-B Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru 07-2237811 07-2248213
Puteri Specialist Hospital 33 Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5), 80000 Johor Bahru 07-2233377 07-2238833
Pusat Pakar Kluang Utama Sdn Bhd No 1 Susur 1, Jalan Besar, 86000 Kluang 07-7718999 07-7728999
Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) No 1 Jalan Peserai, 83000 Batu Pahat 07-4133333 07-4137333
Medical Specialist Centre Sdn Bhd Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, 80100 Johor Bharu, Johor 07-2243888 07-2236785

PAHANG
Kuantan Specialist Hospital 51 Jalan Alor Akar, Taman Kuantan, 25250 Kuantan 09-5678588 09-5678098
Kuantan Medical Centre No 1 Jalan Tun Ismail 9, 25000 Kuantan 09-5142828 09-5147688

KELANTAN
Kota Bharu Medical Centre PT 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15200 Kota Bharu 09-7433399 09-7478271
Perdana Specialist Hospital Lot PT 37 & 600, Seksyen 14,Jalan Bayam, 15200 Kota Bahru 09-745 8000 09-747 2877

SABAH
Sabah Medical Centre Kingfisher Park, Kuala Inanam, PO Box 13393, 88838 Kota Kinabalu 088-424333 088-424334

SARAWAK
Normah Medical Specialist Centre Lot 937 Section 30 KCLD, Jalan Abdul Rahman, 93050 Petra Jaya 082-440055 082-442600
Timberland Medical Centre Lot 5164-5165, Blk 16 KCLD, 2 1/2 Mile, Jln Rock, Tmn Timberland, 93250 Kuching 082-234466 082-232259
Columbia Asia Medical Centre Lot 1035-1039 Jalan Bulan Sabit, C.D.T 155, 98009 Miri 085-437755 085-425677
Rejang Medical Centre Lot 70 Pusat Pedada, Jalan Pedada, 96000 Sibu 084-341733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive, 96000 Sibu 084-218800 084-219900
Miri City Medical Centre 916-920 & 1203, Jalan Hokkien CDT100, 98009 Miri 085-426622 085-438096


*Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad berhak untuk menukar/mengemaskini senarai hospital panel tanpa notis. Senarai ini adalah betul di waktu cetakan
Untuk senarai terkini hospital panel, sila rujuk di Laman Web kami: www.lifeisgreat.com.my
hosp/v21/08-2006

Life Is Great!

Salam,
Kali ni cuma nak cerita-cerita sikit jek pasal kerjaya Perunding Insurans ni. Yang seronok pasal kerja ni ialah, kita akan sentiasa kenal dengan orang yang tak pernah terfikir untuk kita berkenalan. Disamping tu jugak, ia dapat meningkatkan tahap pergaulan kita dengan bermacam-macam ragam orang kat bumi ciptaan Ilahi ni. Ada yang bagus dan ada juga yang tak bagus. Tapi itu semua tidak menjadi masalah sebab selagi mana kita mempunyai akal yang sempurna, kita akan tau yang mana bagus dan yang mana tidak bagus.

Tengah hari tadi ada 'lunch appointment' dengan sorang kakak ni. Saje jek bertukar-tukar cerita sambil makan. Sebab kebetulan dia pun cuti hari ni jadi dia telefon awal-awal lagi untuk ajak makan tengah hari dengan dia. Jadi tempat yang dia ajak makan tu pun dah dekat dengan Ofis saya. Kita orang pun jumpa dan sembang apa yang patut tentang kerjaya masing-masing. Macam dia pun memang seorang yang bekerjaya dan mempunyai jawatan yang besar dalam salah satu Syarikat Perunding Kejuruteraan yang ada kat KL ni lah. Dan pada masa yang sama, dia jugak seorang yang aktif dalam menjadi seorang Unit Trust Consultant di sini. Dengan Syarikat mana dia buat tuh, biarlah rahsia eh.

Masa tengah-tengah sedap bersembang, tiba-tiba ada satu panggilan masuk. Tengok nombor tapi tak tau sape punya. Dan saya pun jawablah :

X : Assalamualaikum. Boleh cakap dengan En.Herman?
Herman : W'salam. Ye Herman bercakap. Saya bercakap dengan sape ni?
X : ok. Saya Puan ******. Saya nak tanya awak pasal Insurans Hayat yang awak buat ni?
Herman : ok. Apa yang boleh saya tolong. Apa yang Puan nak tau?
X : Saya sekarang tengah mencari Insurans Hayat untuk keluarga saya. Jadi saya bla bla bla......

Jadi dipendekkan cerita, sepatutnya Puan **** nak jumpa saya tengah hari esok (hari ni) dekat dengan ofis dia. Pastu tiba-tiba telefon cakap nak jumpa malam ni jugak. Sebab suami dia pun ada jugak dekat rumah. Jadi boleh sekali buat penerangan lah katanya. Jadi kita orang pun set lah masa dan buat temujanji kat rumah Puan **** ni. Masa buat temujanji tuh, Puan **** cakap nak jumpa pukul 8 (rasa macam awal sangat..hehe) sebab kalau lewat-lewat nanti takut anak dia nak tido (anak dia boy..baru nak masuk 1 tahun...tapi memang aktif sangat). Dan kebetulan rumah Puan ni saya tau lah macam mana nak ke sana. Tapi sempat jugaklah search kat 'google maps' dulu sebelum pergi. Hehe

Jadi saya bertolak awal lagi dari rumah dan terus pergi jumpa kawan dulu. Dan selepas tu terus menghala ke rumah Puan **** ni. Sebab bagi saya, MASA adalah amat penting bagi seseorang yang kerja macam saya ni. Seboleh-bolehnya kita orang nak datang TEPAT pada masanya. Dan kalau boleh 15min awal pun lagi bagus. Sebab itu semua akan menunjukkan kewibawaan seseorang tu nanti. Jadi dalam pukul 8 jugaklah saya sampai kat depan rumah Puan **** ni.

Setelah bagi salam, saya diperkenalkan dengan suaminya dan tanpa berlengah lagi saya terus buat apa yang sepatutnya lah. Dan setelah beberapa 'quotation' dibuat, beserta dengan penerangan sekali, Puan **** dan suaminya berpuas hati dengan apa yang saya bagitau. Cuma dia orang minta supaya diberi tempoh untuk mencari beberapa Syarikat lain untuk dibuat perbandingan. Itu salah satu cara yang terbaik jugak. Sebab kita perlu kaji dulu sesuatu apa yang kita nak buat sebelum ia dah dibuat. Dan tugas saya untuk memberi info apa yang saya tau pasal Insurans Hayat ni telah pun selesai. Harap-harap kalau ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian saya tu, Saya minta maaf banyak-banyak lah. Insyaallah kalau ada masa dan peluang lagi, saya akan mempertingkatkan lagi.

Insyaallah kalau ada rezeki, Puan **** akan telefon saya lagi dan kita orang akan bertemu lagi. Dan tugas saya telah pun selesai untuk hari ni. Esok saya akan mulakan dengan pekara lain pulak. Mungkin akan berjumpa dengan orang lain pulak. Itu sudah menjadi lumrah kerja macam saya ni. Tapi saya berbangga dan berpuas hati dengan kerja ni, sebab saya boleh berkongsi apa yang saya tau dengan kawan-kawan atau sesiapa saja tentang Insurans Hayat ni. Sekian.