Saturday, September 26, 2009

Back To KL

 I'M BACK!!

Salam,
Setelah seminggu berada di kampung halaman, dan sempat jugak jumpa beberapa prospek, hari ini saya telah kembali ke Kuala Lumpur dan akan kembali bekerja seperti biasa. Segala jadual harus diatur semula demi melancarkan segala urusan-urusan yang belum selesai lagi.

Masa berlalu terlalu cepat. Mood raya masih lagi menebal. Tapi apa boleh buat, kerja mesti diteruskan. Jadi, pada pembaca-pembaca blog ini, yang mana ingin mengetahui lebih lanjut lagi pasal Insurans ini bolehlah emailkan/sms sebarang pertanyaan kepada saya dan Insyaallah saya akan membalasnya dengan kadar segera. Sekian.

Friday, September 18, 2009

Salam Idul-Fitri 1430H



Salam,
Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa dan tinggal lagi 2 hari untuk kita meyambut Hari Raya Idul-Fitri 1430H. Dan dengan itu bulan Ramadhan akan meninggalkan kita sekali lagi. Kalau dipanjangkan umur, kita akan ketemu lagi dengan Bulan Ramadhan pada tahun akan datang. Insyaallah.
Dengan ini, saya ingin menyusun 10 jari dan memohon ampun dan maaf andai kata saya ada terkasar bahasa, tersalah cakap yang telah mengguris mana-mana pihak, atau ada pekara yang membuatkan kawan-kawan, klien-klien saya, dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya ini terasa hati dengan saya. Saya sedar bahawa saya hanya seorang insan yang lemah dan takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Harap anda semua memafkan saya dan tidak berkecil hati dengan saya.
Pada semua klien saya yang membaca blog ini, saya ucapkan jutaan terima kasih pada anda semua kerana sentiasa menyokong saya dalam Industri ini. Semoga Hari Raya anda kali ini lebih bermakna disamping keluarga tercinta. Dan jikalau ada sebarang masalah berkaitan dengan Insurans, jangan segan-segan untuk berhubung dengan saya. Walaupun saya sedang bercuti, insyaallah saya akan dahulukan pertanyaan anda. Untuk anda saya letak masa saya 24/7.
Pada kawan-kawan yang menghubungi saya pasal Insurans ni, insyaallah kita akan berjumpa di kampung nanti. Dan pada sesiapa yang beraya di Kelantan, Saya berada di sana sampai hari Sabtu 26/09/2009. Saya akan cuba set kan masa saya untuk anda.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Idul-Fitri dari saya sekeluarga. Dan semoga raya kali ini lebih bermakna untuk anda semua. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Salam