Tuesday, August 12, 2008

Sambungan

Selamat kembali..

Setelah hampir 8 tahun bekerja dengan macam2 syarikat Jurutera Perunding, dah macam2 jenis pengalaman yang saya dapat. (nak dapatkan khidmat saya utk lukiskan pelan rumah pun boleh).

Tapi dalam masa yang sama, saya rasa macam ada sesuatu yang masih tidak cukup lagi dalam kerjaya saya. Ada pekara yang belum memuaskan lagi hati saya. Jadi saya cuba buat macam2 pekara untuk memuaskan hati saya. Dalam erti kata lain, saya rasa macam apa yang saya dapat pada masa tu, masih tak cukup lagi untuk saya.

Bagaimana Saya Menjadi Seorang Perunding Insurans?

Ceritanya tak panjang pun. Sebab kebetulan pun saya tengah mencari sesuatu kerja yang tak perlu terikat dengan sape2. Dalam erti kata lain, saya lebih suka kerja untuk diri saya sendiri. Saya diperkenalkan dalam dunia Insurans Hayat ni oleh 2 orang otai dalam bisnes nih. (Nanti saya akan kenalkan mereka berdua)

Sebelum itu saya cuma tau pasal insurans ni sebab saya ada amik polisi untuk diri sendiri. Tapi tak pernah terlintas pun untuk menjadi Perunding ni. Sebab saya lebih suka kepada bisnes yang ada barang kat depan mata. Mungkin sejarah keluarga saya memamg macam tuh kot. hehe.

Dan selepas melalui beberapa sesi 'kaunseling', saya telah dibawa berjumpa kepada Bos saya sekarang. Yakni Agensi yang saya bernaung sekarang. Setelah beberapa kali dan beberapa minggu 'disekolahkan' semula oleh Bos saya, dan dengan penuh berkeyakinan saya telah mendaftar dengan MII untuk pendaftaran bagi menduduki peperiksaan yang WAJIB bagi seseorang yang ingin menjadi seorang Perunding Insurans Hayat.

Adakah saya berjaya...atau gagal?
kita tunggu episod seterusnya.......


Monday, August 11, 2008

Salam Perkenalan

Salam,

Setelah hampir setahun saya asyik membaca blog kawan2, dan akhirnya tercipta lah blog saya sendiri yang tak seberapa ni. Tujuan blog ni dicipta adalah bukan untuk kepentingan semata2, tapi ianya adalah lebih kepada untuk perkongsian maklumat tentang apa yang saya buat sekarang.

Nama penuh saya yang diberi oleh orang tua saya ialah Mohd Herman B Muhamad. Saya ni bukan berasal dari Kuala Lumpur tetapi sudah menetap kat sini sudah hampir2 8 tahun. Jadi dah macam2 jenis pekara yang saya dah alami dan lalui setakat nih. Sekarang saya adalah seorang Ejen Insurans sepenuh masa daripada Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. Dan Agensi saya berada di Taman Tasik Titiwangsa.

Sebelum berkecimpung dalam dunia insurans hayat ni, saya adalah seorang pekerja yang macam anda semua jugak. Dalam erti kata lain kerja saya hanya 'makan gaji' sahaja. Masuk ofis pukul 8.30 dan balik pukul 5.30. Dan itulah rutin harian saya hampir 8 tahun berkerja dengan syarikat Jurutera Perunding sebagai seorang Pelukis Pelan.

Saya berhenti setakat ini dulu dan akan cuba sambung tentang saya secepat mungkin. Thanks