Tuesday, August 12, 2008

Sambungan

Selamat kembali..

Setelah hampir 8 tahun bekerja dengan macam2 syarikat Jurutera Perunding, dah macam2 jenis pengalaman yang saya dapat. (nak dapatkan khidmat saya utk lukiskan pelan rumah pun boleh).

Tapi dalam masa yang sama, saya rasa macam ada sesuatu yang masih tidak cukup lagi dalam kerjaya saya. Ada pekara yang belum memuaskan lagi hati saya. Jadi saya cuba buat macam2 pekara untuk memuaskan hati saya. Dalam erti kata lain, saya rasa macam apa yang saya dapat pada masa tu, masih tak cukup lagi untuk saya.

Bagaimana Saya Menjadi Seorang Perunding Insurans?

Ceritanya tak panjang pun. Sebab kebetulan pun saya tengah mencari sesuatu kerja yang tak perlu terikat dengan sape2. Dalam erti kata lain, saya lebih suka kerja untuk diri saya sendiri. Saya diperkenalkan dalam dunia Insurans Hayat ni oleh 2 orang otai dalam bisnes nih. (Nanti saya akan kenalkan mereka berdua)

Sebelum itu saya cuma tau pasal insurans ni sebab saya ada amik polisi untuk diri sendiri. Tapi tak pernah terlintas pun untuk menjadi Perunding ni. Sebab saya lebih suka kepada bisnes yang ada barang kat depan mata. Mungkin sejarah keluarga saya memamg macam tuh kot. hehe.

Dan selepas melalui beberapa sesi 'kaunseling', saya telah dibawa berjumpa kepada Bos saya sekarang. Yakni Agensi yang saya bernaung sekarang. Setelah beberapa kali dan beberapa minggu 'disekolahkan' semula oleh Bos saya, dan dengan penuh berkeyakinan saya telah mendaftar dengan MII untuk pendaftaran bagi menduduki peperiksaan yang WAJIB bagi seseorang yang ingin menjadi seorang Perunding Insurans Hayat.

Adakah saya berjaya...atau gagal?
kita tunggu episod seterusnya.......


No comments: