Memperkenalkan SMART MEDIC - Rider perubatan komprehensif bagi pelan berkait pelaburan. Rider ini memberikan anda perlindungan perubatan bagi menangani kesan daripada hal kecemasan perubatan yang tidak dijangka. Dengan menawarkan perlindungan komprehensif bagi kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan banyak lagi, SMART MEDIC membantu melindungi kesihatan anda, selain memberi jaminan kewangan yang lebih baik.
- Nikmati Had Perlindungan Yang Tinggi
Pembayaran balik tuntutan perubatan sehingga satu jumlah sekali gus, dengan had tahunan maksimun sehingga RM200,000 dan had seumur hidup sehingga RM1,600,000, bergantung pada pelan yang anda pilih.
- Jaminan Manfaat Perubatan Komprehensif
SMART MEDIC memberikan anda perlindungan perubatan komprehensif sebagai perlindungan terhadap kesukaran kewangan sewaktu kecemasa perubatan.
Manfaat utama termasuk kemasukan Hospital yang mudah, rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan manfaat Perbelanjaan Pembedahan. Anda juga akan mendapat ketenangan minda dengan manfaat Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar dan Pembedahan Harian yang terdapat dalam pelan ini.
- Manfaat Kematian Kemalangan Menambah Perlindungan Anda
Orang kesayangan anda akan menerima Manfaat Kematian Kemalangan yang boleh dibayar sehingga RM20,000, bergantung pada pelan yang anda pilih, jika berlaku kematian akibat kemalangan.
- Manfaat Tunai Harian Bagi Membantu Pemulihan
Anda tidak perlu terlalu risau dengan perbelanjaan perubatan dalam kes kemasukan hospital di Hospital Kerajaan Malaysia. Pelan ini membayar manfaat Tunai Harian kepada anda sebanyak RM50.00 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun polisi.
- Dibaharui Sehingga Umur 80 Tahun
SMART MEDIC dibuka untuk sesiapa yang berumur di antara 30 hari hingga 60 tahun pada hari jadi berikutnya. Ia boleh dibaharui tahunan sehingga umur 80 tahun pada hari jadi berikutnya, dengan syarat syarikat masih lagi menawarkan pelan ini.
- Jaminan Lebih Baik Apabila Anda Melancong Di Seluruh Dunia
Apabila anda berada di luar negara untuk bercuti atau urusan perniagaan, anda tetap yakin bahawa anda dilindungi dengan Supreme Assist, perkhidmatan bantuan kecemasan bagi perubatan dan bantuan perjalanan di mana sahaja di seluruh dunia.