Tuesday, January 20, 2009

The Power Of 101

101...adalah satu angka yang biasa sahaja. Tapi ia begitu bermakna untuk staf-staf dan jugak para Perunding yang bernaung di bawah bumbung Great Eastern Life Assurance (M) Bhd. Kerana angka 101 itu merupakan tempoh masa Great Eastern Life Assurance (M) Bhd telah bertapak di Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ke-101 kewujudan Syarikat ini.

Dari segi aset Syarikat, setakat ini memang tak menjadi masalah walaupun pada masa sekarang banyak Syarikat yang sedang berusaha untuk mempertahankan Syarikat masing-masing daripada 'tumbang'. Untuk rekod terkini, Great Eastern telah mempunyai aset terkumpul hampir-hampir RM40b di Malaysia. Satu angka yang agak boleh dibanggakan. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website Bank Negara Malaysia.

Seperti tahun-tahun sudah, tahun ini juga merupakan tahun di mana Perunding-Perunding perlu bekerja keras untuk mencapai target yang diberikan oleh Agensi atau Hq. Dan salah satu penghargaan yang akan diberikan oleh Syarikat adalah dengan menyediakan pakej Perlancongan bagi yang layak. Pada tahun ini terdapat 3 tempat yang dipilih oleh Syarikat bagi menghargai penat lelah yang telah dilakukan oleh Perunding-Perunding yang berjaya. Tempat itu adalah :

1) Korea








2) Australia







3) Switzerland






Jadi, tempat mana pilihan saya nanti, bergantung pada kerja saya untuk tahun ni. Untuk menceritakan pasal gambar-gambar di atas, saya kurang arif lagi. Insyaallah dengan usaha dan Anugerah daripadaNya, saya akan pergi ke salah satu tempat tuh. Dan itupun atas sokongan daripada anda semua hendaknya. hehe
Sekian.

2 comments:

MOHD HARIS said...

tuan,

gud luck - korea saya pernah sampai - memang negara yang cantik (pada pandangan saya)

australia pun penah tapi kat perth shj... sempat lah tgk kanggaroo....

switzerland - maa penah buat, tapi x berjaya utk sampai hehehe

semoga tuan terus berjaya dan berjaya

herman said...

salam,

En. Haris telah memberi pandangannya. En. Haris merupakan orang dalam dalam industri ni dan bernaung d bawah payung MAA.

Terima kasih tuan. Insyaallah paling kurang pun mesti nak dapatkan rip ke Korea tuh. Harap2 kawan2 mendoakan kejayaan saya nanti. Tq

p/s : bila nak pekena roti bakar kat Menara GE ni Boh?hehe