Saturday, February 21, 2009

Insurans Adalah Untuk PERLINDUNGAN!!

Salam,
Saya tidak mahu menulis panjang untuk tajuk kali ni. Sekadar untuk mengingatkan kawan-kawan kat luar sana tentang Insurans Hayat ni. Sebab ramai prospek-prospek yang saya jumpa, bila bercerita pasal Insurans Hayat, soalan pertama yang dia orang tanya ialah,

"Berapa pulangan yang akan dapat nanti bila sampai tempoh matang?"

Jadi saya nak tekankan kat sini, jangan sesekali bercerita tentang pulangan yang akan dapat apabila sampai tempoh matang. Tetapi tanya diri anda sendiri, apa yang keluarga anda akan dapat, atau anda sendiri akan dapat jika berlaku sebarang musibah yang tidak diingini berlaku pada anda.

Jadi, pada pembaca-pembaca Blog saya yang tak seberapa ni, harap anda sendiri dapat membuat keputusan yang bijak demi masa depan yang lebih bahagia. Sekian.

Sedikit sumber dari keratan Akhbar :



No comments: