Monday, September 15, 2008

Episod Seterusnya

Salam...
lama dah tak update blog ni. Hari ni dah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Lagi 15 hari umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semua masing2 sibuk dengan barang2 utk persiapan Hari Raya. Mana nak beli baju raya lagi. Bagi yang dah ada berkeluarga, mungkin utk anak2 diutamakan terlebih dahulu. Nasib baik saya Bujang lagi. hehe

Berbalik kepada cerita asal yg tak sempat nak sambung hari tuh, saya telah menduduki peperiksaan utk melayakkan diri menjadi seorang Perunding Insurans Hayat, dan dengan bangga nya (cheewahh) saya telah pun lulus. Berkat drpd tunjuk ajar daripada Boss saya dan jugak kawan2 yang seangkatan dengan saya. Dua2 peperiksaan yg saya amik tuh xde masalah. Terima kasih untuk anda semua. Dan mungkin sebab saya memang baca buku kot. hehe

Jadi bermula dari hari tuh, apa lagi, saya terus jalankan kerja yang sememangnya perlu dilakukan oleh seorang Perunding Insurans hayat. Iaitu cari kawan2 terdekat dan dengan bangganya saya telah bgtau yang saya sekarang seorang Perunding Insurans Hayat. Tapi masa tuh secara sambilan lagi lah. Sebab masih lagi terikat dengan tempat kerja lama.

Alhamdulillah sokongan daripada kawan2 dan ahli keluraga sangat baik. Dan ada jugak yang berpandangan negatif. Tapi apa nak buat, memamg itulah nasib seorang Perunding Insurans Hayat. Tapi takpe, sebab itu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang dalam industri ini.

No comments: