Thursday, September 25, 2008

Raya Punya Pasal!

Salam,

Dah 2-3 hari tak update blog ni. Bukan sebab sibuk tapi sebab dok buat benda lain. hehe. Hari ni dah masuk hari ke-25 kita berpuasa. Jadi sedar tak sedar lagi 5 hari kita akan menyambut Idul Fitri. Tak sabar nak balik beraya kat kampung yang nun jauh di sana. Apa nak buat kan. Dah nasib seorang Perantau macam saya ni. Minta2 jalan tak 'jem' macam dulu2 jugak. Kalau tidak, masaklah nanti. Yang patut sampai dalam 6-7 jam, boleh jadi sampai 10-12 jam. Itu kira ok lagi. Takut2 nanti sampai 20 jam!!Semua ni RAYA PUNYA PASAL!

Sekarang ni temujanji pun dah kurang dengan Prospek. Sebab masing2 tengah sibuk dengan persiapan nak raya. Semua dah banyak habis duit. Untuk keluarga tercita mahu pun untuk diri sendiri. Dan pekara macam ni memang dah menjadi kebiasaan bila tiba time raya. Jadi, kerja saya pun kuranglah sikit sekarang. Cuma senaraikan apa yang patut jelah. Senaraikan nama2 yang ada dalam kepala ni. Sebab nak kena tunggu lepas raya nanti baru boleh set temujanji lain. Itu pun kalau dia orang free. Sebabnya RAYA PUNYA PASAL!

Tapi Allah swt tu maha kaya. Sesungguhnya REZEKI daripda 'DIA' tetap ada kalau kita rajin berusaha. Dan sekarang ni semua orang akan sibuk untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan masing2. Sebab takut tak sempat nak 'renew', nanti tak boleh nak pergi beraya kat rumah kawan2 pulak. Mana tau saat2 akhir sistem down ke apa. Jadi disebabkan pekara tu, ada lah kawan2 dan jugak kawan kepada kawan yang hubungi saya. Sebab saya memang boleh buat semua tu. Memang yang diiktiraf nyer. hehe. Dan sekarang pun dah banyak kemudahan yang ada. Jadi takdelah sesusah dulu nak buat semua tu. Tapi mesti ada perancangan lah. Kalau tak, memang kita akan penat jek. Pastu dapatlah sikit daripada kerja tu. Boleh lah untuk buat beli juadah berbuka tu. hehe. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa kita yang dapat. Mudah-mudahan lepas ni lagi bertambah rezeki tu. Insyaallah. Ini pun kategori RAYA PUNYA PASAL jugak!hehe

No comments: