Saturday, September 20, 2008

Kad Perubatan (Medical Card)




Kad Perubatan dari Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

Apakah itu Kad Perubatan?Kenapakah ia sangat penting pada masa sekarang?.
Jawapannya sangat mudah. Semua itu adalah kerana kos perubatan pada masa sekarang adalah sangat tinggi. Perlukah kita menggadaikan harta kita untuk rawatan Bil Hospital mungkin yang mungkin boleh mencecah RM20,000 - RM50,000??Rasa2 tidak perlu kalau kita mempunyai Kad Perubatan ni. Sebab semua Bil Hospital itu akan dijelaskan oleh Syarikat Insurans. Di Great Eastern ada 2 jenis pelan yang menawarkan Kad Perubatan ini. Kedua2 nya adalah bagus dan mempunyai kelebihan masing2. Jenis2 pelan itu adalah :

- Investment-Linked Health Protector
- Great MediCare

Investment-Linked Health Protector
Atau juga Perlindungan Perubatan Berkait Pelaburan menawarkan perlindungan komprehensif untuk melindungi anda daripada kemudaratan dan penyusutan kewangan anda akibat sebarang penyakit atau kemalangan.
Kesihatan amat berharga. Setiap orang mengimpikan hidup yang sihat dan bahagia. Walau bagaimanapun, kita juga harus bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak diduga agar kita boleh mengatasi sebarang kemungkinan yang timbul dengan lebih baik.
Investment-Linked Health Protector adalah rider perubatan semua dalam satu (disertakan dengan pelan berkait pelaburan) yang anda dan keluarga anda perlukan untuk mendapat perlindungan sepanjang masa di dalam dan luar negara. Keunikan pelan ini :

Had tahunan dan Had seumur hidup yang tinggi
Pelan Investment-Linked Health Protector membayar balik tuntutan perubatan (tertakluk kepada peruntukan polisi) dalam satu bayaran sekali gus sehingga had maksimun tahunan RM150,000 dan had seumur hidup RM450,000 bergantung pada pelan yang dipilih.

Manfaat tunai harian hospital kerajaan
Jika anda ditahan di mana-mana hospital kerajaan, manfaat tunai harian RM50.00 sehari sehinnga 120 hari setiap tahun polisi akan dibayar.

Pembaharuan tahunan sehingga umur 69 tahun hari jadi berikutnya
Sesiapa yang berumur antara umur tercapai 6 bulan dan 60 tahun pada hari jadi berikutnya boleh memohon pelan ini. Pelan ini boleh dibaharui secara tahunan untuk setiap individu mengikut caj insurans yang diguna pakai pada masa pembaharuan sehingga anda mencapai umur 69 tahun pada hari jadi berikutnya, dengan syarat syarikat masih menawarkan pelan ini kepada umum.

Manfaat kematian akibat kemalangan
Jika berlaku kematian diakibatkan secara langsung oleh kemalngan, tambahan manfaat kematian akibat kemalangan sehingga RM20,000 akan dibayar, bergantung pada pelan yang dipilih.

Dan banyak lagi kemudahan2 lain yang akan diberikan oleh Syarikat. Pelan ini juga mempunyai nilai tunai yang akan diberikan kepada pemegang polisi pada tempoh2 tertentu mengikut permintaan pemegang polisi. Jumlah yang pemegang polisi akan dapat pula adalah bergantung pada jumlah premium yang dibayar dan juga tempoh pembayaran premium itu. Untuk maklumat yang lagi jelas, boleh hubungi saya dengan apa cara sekali pun dan kita akan cuba aturkan temujanji untuk saya jelaskan dengan lebih terperinci lagi.

No comments: