Friday, November 14, 2008

Kisah Untuk DiKongsi

KELANA JAYA - Derita Khayrin Qistina, 3 tahun mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melalui perlawanan pusingan kedua suku akhir Piala Emas raja-Raja, Ahad ini.

Anak pasangan bekas pemain Selangor dan juga Kebangsaan, (nama tak dapat disiarkan) yang menghidap penyakit JANTUNG BERLUBANG sejak lahir mendapat perhatian setelah mereka mewakili Yayasan Jantung Malaysia dalam satu Program Realiti di sini.

Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin berkata, pihak persatuan rasa bertanggungjawab dalam memberi bantuan kepada beliau yang banyak menabur jasa selama tujuh tahun bersama skuad Selangor. Perlawanan ini nanti akan menyaksikan pertemuan di antara Selangor dan Kelantan di Stadium Mindef pada jam 4.30 petang pada hari Ahad ini.

"Jadi kepada semua penyokong dan peminat saya menyeru agar ramai-ramai dapat sama-sama turun dalam memberi sokongan selain dapat beramal dan memberi sumbangan kepada ****** yang banyak menyumbang kepada Selangor. Semua hasil penjualan tiket yang berharga RM5 ini akan terus diberi kepada ****** selepas tamat perlawanan nanti," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Sementara itu ****** ketika ditemui melahirkan rasa terharu atas kesudian pihak PBMS dan FAS dalam keprihatinan mereka membantu mendapatkan bantuan kewangan.

"Saya terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu meringankan beban yang saya tanggung ini. Dengan duit yang akan saya terima ini akan digunakan untuk menampung kos pembedahan dan rawatan anak saya ini yang menanggung perbelanjaan sebanyak RM35,000. Tanda terima kasih saya kepada Selangor, saya akan turun menyertai skuad Merah Kuning ini pada perlawanan Ahad ini," katanya.

Katanya lagi, walaupun sudah tidak aktif lagi dalam dunia bola sepak namun beliau akan memberikan persembahan yang terbaik dan membantu Selangor untuk menang dalam perlawanan itu nanti.

"Walaupun sudah lama tidak bermain bola namun dengan semangat anak saya dan pengalaman yang ada akan digunakan sepenuhnya dalam membantu Selangor mara ke pusingan seterusnya nanti," katanya.

p/s : sumber ini dipetik dari Berita Sinar Harian edisi Jumaat, 14 Nov 2008. Sekian

No comments: