Tuesday, November 25, 2008

Kismis Tajamkan Minda Kanak-Kanak

Salam semua. Minta maaflah kalau tajuk ni dah lari sikit dari topik Insurans. Saje jek nak berkongsi apa yang saya baca dengan pembaca-pembaca blog saya ni. Lagi-lagi kalau pada yang dah berkeluarga dan ada anak. Seperti tajuk di atas, Kismis Tajamkan Minda Kanak-Kanak :

  • Ramai yang percaya dan mengamalkan pengambilan kismis boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak.
  • Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur sama ada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar.
  • Antara jenis kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson Seedless.
  • Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal.
  • Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus Vinifera. Kismis mengandungi gula yang tinggi.
  • Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah Fruktosa dan Glukosa. Gula ringkas ini dikenal pasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan.
  • Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
  • Jika kita lemah dalam mata pelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah.
  • Imam Zuhdi berkata, "sesiapa yang ingin menghafal hadith ( menguatkan daya ingatan ) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

No comments: