Thursday, November 13, 2008

Mengapa Anda Perlu Ada Insurans Hayat??

Insurans Hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.

Kenapa Harus Ada Insurans Hayat :

- Bagi memastikan kehidupan Keluarga/orang tersayang dapat diteruskan seperti biasa walaupun telah kehilangan anda.

- Supaya pembelajaran Anak2 anda dapat diteruskan walaupun ketiadaan anda sudah tiada dan tidak membebanan mana2 pihak nanti.

- Dan mungkin bila tiba masa persaraan anda, anda sudah pun mempunyai sejumlah wang untuk persiapan hari2 tua anda dan tidak perlu bergantung 100% kepada anak2.

Tetapi mengapa masih ada lagi golongan yang menganggap Insurans Hayat itu tidak PENTING?Adakah sebab mereka tidak akan sakit sampai bila2??Ataupun mereka sudah pun mempunyai duit yang berlebihan untuk rawatan hospital??Ataupun mereka sanggup beratur panjang untuk ke Hospital Kerajaan?
Bukan Hospital Kerajaan ni tak bagus. Tapi umum sudah mengetahui. Sebab Hospital Kerajaan adalah untuk semua rakyat Malaysia. Jadi bila ianya untuk semua orang dengan kadar bayaran yang rendah, kita tidak boleh mengeluh kalau terpaksa menunggu terlalu lama. Sebab itulah lumrah sebuah Hospital Kerajaan.

Adakah bayaran bulanan sebanyak RM150 - RM200 tu tinggi??Sedangkan ia boleh menyelamatkan anda daripada pekara2 tertentu. Memang ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Tapi kita mungkin boleh mencegah sebelum apa2 terjadi.

Cuba kita fikirkan. Kenapa kita sanggup berhutang dengan keluarga atau kawan2 sebab nak memperbaharui Insurans Kenderaan?Kenapa kita tak cakap "ah xpelah...tak payah renew lagilah"Tapi sebab itu adalah syarat daripada Keraajan kita. Kalau tak mempebaharui Insurans Kenderaan, kita tidak akan dapat memperbaharui Cukai Jalan. Dan bila Cukai Jalan tidak ada, kita tidak dapat menggunakan Kenderaan kita di atas Jalan Raya nanti. Sebab itu akan menjadi satu kesalahan bila menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan. Jadi biar susah macam mana sekali pun, cukai jalan mesti ada. Bila ada cukai jalan, sudah semestinya kita dah ada Insurans Kenderaan.

Kenapa Kerajaan tidak buat pekara yang sama untuk Kita? Setiap orang MESTI diwajibkan mempunyai Insurans Hayat?Kalaulah Kerajaan lakukan pekara tu, mesti senang kerja saya kan. Tak perlu nak berjumpa dengan orang lagi. Sebab orang yang akan cari saya nanti. Tapi sayang sebab Keraajaan tidak boleh melakukan pekara macam tu buat masa sekarang. Tapi mungkin pekara tu akan terjadi pada masa2 akan datang. Sebab sekarang peningkatan Bil Hospital adalah tinggi sekitar 10%-15% setahun. Jadi anda semua dapat bayangkan nanti macam mana keadaan dalam tempoh 10-15 tahun dari sekarang.

Renung-renungkan wahai kawan2 sekalian. Ini semua adalah contoh yang saya boleh sampaikan sahaja. Apa-apa pun semua bergantung pada pemikiran masing-masing. Mungkin ada orang cakap dia tak memerlukan ini semua. Tapi saya memang memerlukan sebab saya tidak mahu membebankab keluarga atau orang yang tedekat kalau apa2 musibah berlaku nanti. Sekian

No comments: