Tuesday, December 2, 2008

Life Is Great!

Salam,
Kali ni cuma nak cerita-cerita sikit jek pasal kerjaya Perunding Insurans ni. Yang seronok pasal kerja ni ialah, kita akan sentiasa kenal dengan orang yang tak pernah terfikir untuk kita berkenalan. Disamping tu jugak, ia dapat meningkatkan tahap pergaulan kita dengan bermacam-macam ragam orang kat bumi ciptaan Ilahi ni. Ada yang bagus dan ada juga yang tak bagus. Tapi itu semua tidak menjadi masalah sebab selagi mana kita mempunyai akal yang sempurna, kita akan tau yang mana bagus dan yang mana tidak bagus.

Tengah hari tadi ada 'lunch appointment' dengan sorang kakak ni. Saje jek bertukar-tukar cerita sambil makan. Sebab kebetulan dia pun cuti hari ni jadi dia telefon awal-awal lagi untuk ajak makan tengah hari dengan dia. Jadi tempat yang dia ajak makan tu pun dah dekat dengan Ofis saya. Kita orang pun jumpa dan sembang apa yang patut tentang kerjaya masing-masing. Macam dia pun memang seorang yang bekerjaya dan mempunyai jawatan yang besar dalam salah satu Syarikat Perunding Kejuruteraan yang ada kat KL ni lah. Dan pada masa yang sama, dia jugak seorang yang aktif dalam menjadi seorang Unit Trust Consultant di sini. Dengan Syarikat mana dia buat tuh, biarlah rahsia eh.

Masa tengah-tengah sedap bersembang, tiba-tiba ada satu panggilan masuk. Tengok nombor tapi tak tau sape punya. Dan saya pun jawablah :

X : Assalamualaikum. Boleh cakap dengan En.Herman?
Herman : W'salam. Ye Herman bercakap. Saya bercakap dengan sape ni?
X : ok. Saya Puan ******. Saya nak tanya awak pasal Insurans Hayat yang awak buat ni?
Herman : ok. Apa yang boleh saya tolong. Apa yang Puan nak tau?
X : Saya sekarang tengah mencari Insurans Hayat untuk keluarga saya. Jadi saya bla bla bla......

Jadi dipendekkan cerita, sepatutnya Puan **** nak jumpa saya tengah hari esok (hari ni) dekat dengan ofis dia. Pastu tiba-tiba telefon cakap nak jumpa malam ni jugak. Sebab suami dia pun ada jugak dekat rumah. Jadi boleh sekali buat penerangan lah katanya. Jadi kita orang pun set lah masa dan buat temujanji kat rumah Puan **** ni. Masa buat temujanji tuh, Puan **** cakap nak jumpa pukul 8 (rasa macam awal sangat..hehe) sebab kalau lewat-lewat nanti takut anak dia nak tido (anak dia boy..baru nak masuk 1 tahun...tapi memang aktif sangat). Dan kebetulan rumah Puan ni saya tau lah macam mana nak ke sana. Tapi sempat jugaklah search kat 'google maps' dulu sebelum pergi. Hehe

Jadi saya bertolak awal lagi dari rumah dan terus pergi jumpa kawan dulu. Dan selepas tu terus menghala ke rumah Puan **** ni. Sebab bagi saya, MASA adalah amat penting bagi seseorang yang kerja macam saya ni. Seboleh-bolehnya kita orang nak datang TEPAT pada masanya. Dan kalau boleh 15min awal pun lagi bagus. Sebab itu semua akan menunjukkan kewibawaan seseorang tu nanti. Jadi dalam pukul 8 jugaklah saya sampai kat depan rumah Puan **** ni.

Setelah bagi salam, saya diperkenalkan dengan suaminya dan tanpa berlengah lagi saya terus buat apa yang sepatutnya lah. Dan setelah beberapa 'quotation' dibuat, beserta dengan penerangan sekali, Puan **** dan suaminya berpuas hati dengan apa yang saya bagitau. Cuma dia orang minta supaya diberi tempoh untuk mencari beberapa Syarikat lain untuk dibuat perbandingan. Itu salah satu cara yang terbaik jugak. Sebab kita perlu kaji dulu sesuatu apa yang kita nak buat sebelum ia dah dibuat. Dan tugas saya untuk memberi info apa yang saya tau pasal Insurans Hayat ni telah pun selesai. Harap-harap kalau ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian saya tu, Saya minta maaf banyak-banyak lah. Insyaallah kalau ada masa dan peluang lagi, saya akan mempertingkatkan lagi.

Insyaallah kalau ada rezeki, Puan **** akan telefon saya lagi dan kita orang akan bertemu lagi. Dan tugas saya telah pun selesai untuk hari ni. Esok saya akan mulakan dengan pekara lain pulak. Mungkin akan berjumpa dengan orang lain pulak. Itu sudah menjadi lumrah kerja macam saya ni. Tapi saya berbangga dan berpuas hati dengan kerja ni, sebab saya boleh berkongsi apa yang saya tau dengan kawan-kawan atau sesiapa saja tentang Insurans Hayat ni. Sekian.

No comments: