Sunday, August 16, 2009

H1N1 @ Influenza A

High risk infection to person yg smoking, has asthma & others penyakit, children, pregnant woman.

Beginner stage Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...Second Stage Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital.


Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I. Critical Lung infection. Bila X-ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug.


At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...


Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air Yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...


All the family member unite to support my brother fighting the virus. Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient.


I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah.


p/s : dipetik dari e-mail seorang teman. Tanpa ada sebarang perubahan tatabahasa atau pun penambahan dari segi 'kelancaran' jalan cerita tersebut. Sekian




Salam,
Ini adalah satu petikan yang saya dapat daripada e-mail yang dihantar oleh seorang teman. Bukan niat untuk menakutkan semua orang tapi ini adalah tujuan untuk menyedarkan semua orang dan semua pihak. Anda semua harus tahu, yang wabak ni semakin 'menggila' di negara yang kita cintai ini. 1Malaysia = Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!! betul ke??


Apa yang saya nak kongsi kat sini ialah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Saya rasa itu semua cerdik pandai memang dah tau kot. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah dengan patuhilah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh badan-badan atau agensi-agensi yang bertanggungjawab tuh. Setakat hari ni WHO ( World Health Organization ) telah mengumumkan yang sudah hampir 5 juta rakyat Malaysia sudah terdedah kepada wabak ini. Adakah kita salah seorang daripada itu?? Renungkan......


Memang betul apa yang disampaikan oleh penulis e-mail itu. Hospital Kerajaan memang tidak dapat untuk menampung sepenuhnya dan kemungkinan perlu menunggu sehingga betul-betul dah agak kritikal baru akan dimasukkan ke wad untuk kuarantin dan rawatan seterusnya. Ini memang satu masalah yang agak besar bila keadaan pesakit tu telah pun berada dalam keadaan yang agak kritikal.


Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bukan semua Hospital Swasta tidak menerima pesakit daripada wabak ini. Ada beberapa Hospital Swasta yang menerima pesakit ini. Kat sini saya akan lampirkan nama-nama Hospital Swasta di seluruh negara yang menerima pesakit ini. TETAPI, apabila bercakap tentang Hospital Swasta, kos rawatannya sudah ramai yang tahu. Memang mahal berbanding dengan Hospital Kerajaan.


Tetapi, bagi individu yang mempunyai Kad Perubatan ( Medical Card ), itu semua tidak menjadi masalah. Ada sesetengah Syarikat Insurans tidak menawarkan perlindungan untuk penyakit ini. Tapi, bagi pemegang Kad Perubatan Great Eastern Life Assurance (m) Bhd, anda semua dilindungi untuk penyakit ini. Pihak Syarikat akan membayar jumlah bil rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital. Sekian


Senarai Hospital Swasta Yang Menerima Pesakit H1N1 :



No comments: