Monday, December 29, 2008

Kenapa Staff Kerajaan Juga Perlu ada Insurans Hayat?

WANGSA MAJU - Dengan duit pencen suami, seorang wanita bertungkus-lumus menyara keluarga dalam keadaan serba kekurangan.

Dalam kesempitam hidup itu, Jauhariah Ahmad, 47, tetap cekal menghadapi dugaan menyara keluarganya setelah suaminya, Salim Jantan, 45, hilang upaya akibat penyakit BUAH PINGGANG, KENCING MANIS dan DARAH TINGGI telah jatuh sakit.

Menurutnya, kesusahan keluarganya bertimpa lagi apabila anaknya, Nor Ezah Fairanah Salim, 15, disahkan menghidap jantung berlubang dan memerlukan wang seperti suaminya untuk mendapatkan rawatan.

"Kini saya hanya bekerja sendiriran menampung segala kekurangan, malah duit untuk perbelanjaan persekolahan pun tidak mencukupi. Pihak sekolah juga ada bertanyakan yuran persekolahan anak, tetapi saya sudah tidak mampu membayarnya dan ditambah pula dengan kepelbagaian yuran lain," kata Jauhariah.

Katanya, Salim merupakan bekas TENTERA dan berhenti berkhidmat setelah menghidap penyakit tahun lalu, manakala Jauhariah masih bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Kementerian Pertahanan.

Jauhariah berkata, rumahnya juga dalam keadaan uzur dan sering dimasuki air apabila hujan, tetapi dia tidak mampu untuk membaikinya.
"Saya berharap permohonan untuk mendapatkan rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) akan diluluskan nanti agar kami dapat hidup lebih selesa. Saya juga berharap sangat agar ketiga-tiga anak saya akan mengubah kehidupan ini dengan memperoleh pendidikan sempurna dan seterusnya mendapat pekerjaan terbaik,"katanya dengan nada sebak.

Dia berharap perasaan rendah diri yang dimiliki akibat kekurangan keluarganya akan dapat diubah apabila anak-anaknya mencapai kejayaan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang atau membantu keluarga ini, bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat milik Jauhariah: 2201 9114 0719.

p/s : Berita ini dipetik daripada Akhbar Sinar Harian edisi Ahad, 28 Disember 2008.

Salam,
Tujuan saya menulis berita ini, bukanlah untuk mengaibkan mana-mana individu secara langsung atau pun tidak langsung. Tujuan saya adalah untuk berkongsi apa yang telah dialami oleh keluarga mereka akibat hilang tempat yang menjadi punca sumber rezeki.

Kita sebenarnya manusia biasa. Dan tidak terlepas daripada dugaan daripada Allah s.w.t. Tetapi kita semua harus sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua keadaan kerana itu semua sudah tersurat. Mungkin kita boleh cuba elakkan pekara ni menjadi lagi serius kalau kita sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.

Macam saya, sentiasa saya igtkan pada kawan-kawan dan orang terdekat tentang kepentingan Insurans ni. Carumlah seminimun mungkin kalau anda betul-betul tidak mampu untuk ambil pakej yang lengkap. Sekurang-kurangnya biarlah ada satu Kad Perubatan (Medical Card) dalam hidup anda. Insyaallah Kad ini dapat membantu anda dari menjadi lebih tertekan dengan ekonomi keluarga yang tak seberapa. Ajal dan maut memang di tangan Tuhan, tapi sebelum kita pergi meninggalkan dunia ni, cuba kita fikir macam mana perasaan orang yang nak kena bekerja dengan lebih kuat untuk menyara kita dan juga Kos Perubatan kita. Fikir-fikirkan. Sekian.

2 comments:

Muhafis said...

semoga berjaya dlm bidang insurans, amek basic insuran ke mase blaja dulu?

herman said...

salam,
terima kasih tuan sbb sudi menjenguk ke blog yang tak seberapa ni.
Masa belajar dulu amik Kejuruteraan Awam. Tapi mungkin rezeki dah tertulis kat sini kot.