Thursday, December 25, 2008

Salah Tafsiran!! - Episod 1

Salam,
Merujuk kepada tajuk di atas, ramai lagi dikalangan kita yang masih kurang jelas tentang Insurans Hayat ini. Bagi kebanyakkan yang kita dengar, Insurans Hayat ni tidak penting sebab ia satu pembaziran. Kenapa mereka fikir membazir, sebab mereka rasa bayaran PREMIUM bulanan/tahunan hanya setakat membayar sahaja dan tidak ada apa-apa yang mereka dapat kecuali resit bayaran ataupun penyata tiap-tiap bulan. Jadi bagi mereka, ianya tidak sama dengan membeli sebuah kereta. Walaupun bayaran bulanan untuk kereta adalah tinggi, dan nilai susut kereta semakin tahun semakin berkurangan, orang tetap lagi bangga sebab mereka mendapat sesuatu dengan bayaran mereka setiap bulan.

Jadi di sini saya ingin jelaskan, INSURANS HAYAT adalah satu bentuk PERLINDUNGAN untuk jangka masa panjang. Di samping dapat menjamin KEBEBASAN KEWANGAN kepada kita jika berlaku sebarang pekara yang tidak diingini pada orang yang menjadi punca sumber rezeki kepada kita. Contohnya :

Suami
Jika selama ini, isteri hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Dan segala tanggungan adalah sumbangan daripada Suami. Tiba2, sebab ajal dan maut di tangan Tuhan. Dalam mereka sedang bahagia bersama keluarga tersayang, si Suami telah pergi meninggalkan mereka dalam sekelip mata. Agak2 apa akan terjadi pada Isteri tadi??Sedangkan sebelum ni dia hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa?

-macam mana dengan hutang yg belum selesai?
-macam mana dengan bayaran bulanan kereta (biasa pasti ada walaupun sebuah)?
-macam mana nasib anak-anak yang masih bersekolah?
-macam mana dengan nasib isteri tu sendiri??

Cuba renungkan......

Ini adalah salah satu contoh yang paling biasa. Ada banyak lagi kes-kes tertentu yang berkait dengan Insurans Hayat ni. Di sini, bukan saya nak ceritakan pasal kematian, tetapi nak menyedarkan orang ramai kenapa Insurans Hayat ni dicipta. Dunia semakin maju. Teknologi dah semakin canggih. Peningkatan Bil Hospital telah naik di antara 10-15% setahun. Jadi, anda semua pasti dapat bayangkan macam mana kos perubatan pada masa akan datang. Sekian

No comments: