Monday, December 29, 2008

1 Muharram 1430H

Salam,
Hari ni telah pun masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Dan dengan ini telah meningkat lagi setahun umur kita. Apakah yang telah kita berjaya capai pada tahun lepas?dan apakah yang masih lagi belum kita capai?

Sekarang, kita kena buka buku baru. Buku lama dah kena kunci dan letak dalam peti besi kita. Biasa orang akan selalu sibuk pasal azam tahun baru. Apakah azam kawan2 semua??
Macam saya sendiri pun ada azam jugak. Dan insyaallah boleh berjaya kalau betul-betul fokuskan untuk azam tu dan jugak dengan izinNya.

Pada saya, tahun 1429H telah meninggalkan banyak kenangan untuk saya. Baisk suka atau pun duka, itu semua sudah tertulis dalam hidup setiap orang. Jadi kesabaran dan ketabahan teramatlah penting dalam mengharungi semua itu. Bagi yang bekerja macam saya ni, memang sifat kesabaran tu mengatasi segala-gala nya. Tanpa kesabaran yang cukup, sudah lama saya tinggalkan kerjaya saya ni. Tapi syukur Alhamdulillah, dengan izinNya mampu lagi saya berada dalam industri ni dah Insyaallah akan lagi maju ke depan. Aminn

Jadi pada tahun ni, 1430H Insyaallah akan mematangkan lagi saya dalam kerjaya saya ni. Dan target saya untuk tahun pun agak tinggi sikit berbanding pada tahun lepas. Target saya tahun ni moga-moga termakbul atas izinNya dan jugak semangat saya nanti. Pada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, saya sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam industri ni. Pada kawan-kawan yang jugak klien saya, saya sentiasa mendoakan mereka semoga sentiasa sukses dalam hidup dan akhirat nanti agar sentiasa bercahaya.

Pada yang belum ada apa-apa perlindungan lagi tu, mulakan tahun baru anda dengan azam baru. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kalau nak cerita pasal kemampuan, semua orang pun tak mampu tapi ini semua bergantung pada kebijaksanaan masing-masing. Tuhan dah ciptakan kita akal dan fikiran supaya kita boleh berfikir dengan sebaik-baiknya. Sekian

No comments: